“Wanita nadi kekuatan keluarga” – Anwar Hargai Peranan Wanita Sempena Hari Wanita Antarabangsa

1 day ago 9

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap peranan besar wanita dalam keluarga, masyarakat dan pembangunan negara sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Menurut beliau, wanita merupakan nadi kekuatan keluarga serta penggerak penting kepada kemajuan negara.

Di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook.

648600488 1510647120416850 3931650875274390080 N

Artikel berkaitan: “Jangan boros, banyakkan menabung” – Anwar Seru Rakyat Berjimat, Bersedia Hadapi Kemungkinan Krisis Ekonomi

Artikel berkaitan: Anwar Hubungi Menteri Luar Iran, Zahir Simpati Atas Korban Serangan Di Tehran

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada wanita yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam kehidupannya, khususnya isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, serta anak-anak mereka.

“Secara peribadi, saya amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupan saya sendiri, khususnya Azizah serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan perjuangan ini.

“Sesungguhnya, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar terus menghargai peranan wanita serta memastikan golongan itu terus dihormati dan diperkasa.

“Sempena Hari Wanita Antarabangsa, marilah kita bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita serta memastikan mereka terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

“Kalian adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara,” katanya.

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |