Baru-baru ini, tular di platform media sosial Threads mengenai perkongsian seorang individu yang terkejut kediamannya telah diceroboh oleh seorang wanita. Lebih mengejutkan apabila wanita itu dengan selama dengan menghisap rokok di dalam rumah tersebut.
Kejadian tersebut telah sempat dirakam oleh penghuni rumah tersebut yang terkejut dengan inisiden berkenaan.
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat seorang wanita yang bertudung sedang duduk di atas sofa di dalam rumah tersebut di Kampung Melayu Subang, Selangor tanpa kebenaran penghuni kediaman.
Wanita tersebut difahamkan telah berjaya ditahan oleh pihak polis tidak lama kemudian setelah laporan polis dibuat oleh pengadu.
Terkini, pihak polis mengesahkan bahawa wanita itu kini sedang berada di wad psikiatri sebuah hospital di negeri tersebut.
Artikel berkaitan: 3 Lelaki Direman, Buat Laporan Palsu Kononnya Disamun RM60K
Artikel berkaitan: 5 Perompak Menyamar Jadi Polis Nak Samun Sebuah Rumah
Suspek iaitu wanita berkenaan walau bagaimanapun tidak berjaya memberi keterangan yang jelas apabila disoal oleh pihak polis.
Pihak polis mengesyaki suspek sebagai tidak waras. Sejurus itu, suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan agar status kesihatan mental suspek dapat disahkan oleh doktor.
Sumber: Berita Harian

16 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)