Seorang pesara kerajaan kerugian kira-kira RM10,000 selepas dipercayai menjadi mangsa pukau dan penipuan oleh tiga individu dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Pandan Prima, Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi apabila mangsa berusia 70 tahun didatangi sepasang suami isteri bersama seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang meminta bantuan.
Menurut beliau, suspek mendakwa memiliki tiket loteri bernilai RM300,000, namun tidak dapat menebusnya kerana ketiadaan kad pengenalan. Mereka kemudian memujuk mangsa untuk membantu dengan menjanjikan ganjaran sebagai balasan. Seorang daripada suspek wanita bertindak memegang mangsa, menyebabkan warga emas itu berada dalam keadaan seolah-olah dipukau dan menurut segala arahan yang diberikan.
Gambar hiasanMangsa kemudiannya dibawa menaiki sebuah Proton Waja sebelum dimaklumkan bahawa tiket loteri tersebut telah ditukar kepada sekeping cek. Suspek meminta wang cagaran sebanyak RM30,000 sebagai jaminan, namun kerana tidak mempunyai wang tunai, mangsa menyerahkan rantai dan gelang emas miliknya yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Setibanya di sebuah bank kononnya untuk menunaikan cek berkenaan, mangsa diminta turun daripada kenderaan. Kesemua suspek kemudian melarikan diri bersama barang kemas tersebut. Pihak polis kini giat mengesan ketiga-tiga individu terbabit.
Sumber: Astro Awani

18 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















