Seorang wanita tempatan berusia 63 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram dadah jenis Canadian Loud ke negara tersebut menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos.
Suspek yang dikenali sebgaai Ting Hung Kiong telah ditahan pada 17 Mei lepas oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) sebaik sahaja tiba di terminal ketibaan lapangan terbang berkenaan.
Artikel berkaitan: Tular Video Kepala Kena P*jak, Polis Sahkan Penunggang Motor Menunggang Secara Bahaya & Positif Dadah
Artikel berkaitan: Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol
Menurut sumber, wanita yang mempunyai status warga Malaysia secara naturalisasi itu tiba di Nigeria menaiki penerbangan Emirates dari Thailand menerusi Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Siasatan awal mendapati bahawa suspek dipercayai dalam perjalanan dari Malaysia ke Thailand sebelum ke Nigeria dengan membawa dua bagasi besar yang mengandungi bahan terlarang tersebut.

Ketika disoal siasat, wanita tersebut mendakwa bahawa perjalanan itu telah ditaja oleh anak perempuannya setelah berada di Thailand kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Nigeria.
Dalam pada itu, seorang lagi suspek turut ditahan di lapangan terbang berasiangan selepas dipercayai cuba seludup kokain yang disembunyikan dalam badan semasa perjalanan ke luar negara.

NDLEA memaklumkan beberapa siri operasi di beberapa negeri termasuk Lagos, Edo, Ekiti dan Kano turut membawa kepada rampasan besar dadah serta penahanan beberapa individu lain yang disyaki terliabt dalam rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.
Pihak berkuasa Nigeria kini terus mempertingkat operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah yang didapati semakin berleluasa melalui laluan udara dan kurier antarabangsa.

Operasi berkenaan merupakan sebahagaian daripada daripada tindakan berterusan NDLEA dalam membanteras rangkaian dadah rentas sempadan di negara tersebut.
Sumber : Sinar Harian

17 hours ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















