Syaz Ft 2026 07 27T131918.246

Kenyataan tegas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai selepas beliau mempersilakan rakyatnya yang merasakan masa depan negara itu ‘suram’ untuk mencari negara lain.

Perkara itu disuarakan beliau sewaktu merasmikan majlis peringatan Hari Koperasi di Jakarta, di mana beliau menyeru agar rakyat Indonesia bersatu padu dan tidak berprasangka bagi membangkitkan ekonomi negara.

Artikel berkaitan: Netizen Indonesia Persoal Mengapa F1 Pilih Litar Sepang Berbanding Mandalika, Ini Sebabnya…

Artikel berkaitan: “Pantang dengar lagu India, mesti nak menari” – Prabowo Dakwa Ada DNA India

“Yang ragu-ragu silakan duduk di rumah aja. Yang merasa Indonesia suram, silakan kalau mau cari negara lain. Silakan, tidak ada yang melarang,” tegas Prabowo dalam ucapan berkenaan.

Rentetan daripada isu berkenaan, tular satu perkongsian video daripada seorang content creator Indonesia yang mengambil keputusan melangkah keluar dari tanah airnya dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi baharu.

Menerusi hantaran video tersebut, pembuat kandungan yang juga pengusaha perniagaan kafe itu meluahkan rasa kecewa terhadap lanskap politik serta kepimpinan di negara asal

Menerusi visual yang dikongsikan, keluarga berkenaan kini memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur bersama anak-anak mereka demi mencari persekitaran yang lebih baik.

Trend WNI Hijrah Ke Malaysia Semakin Jadi Tumpuan

Penghijrahan keluarga pencipta kandungan ini ternyata membuka mata ramai pihak mengenai trend Warga Negara Indonesia (WNI) terutamanya golongan profesional dan usahawan yang memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka.

Meskipun berat hati meninggalkan tanah kelahiran, rata-rata netizen mendoakan agar urusan penghijrahan mereka berjalan lancar serta dipermudahkan di bumi Malaysia.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.