Bank Rakyat Raikan Jutawan Kelima Rizq Plus Dan Pemenang Kempen Suara Hati 2026

4 hours ago 7

Bank Rakyat hari ini meraikan pemenang Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dan Kempen Suara Hati 2026 menerusi Majlis Raikan Ganjaran #UntukSemua di Menara Kembar Bank Rakyat.

Whatsapp Image 2026 08 18 At 3.45.36 Pm 2

Kemuncak majlis menyaksikan pesara berusia 68 tahun dari Kajang, Selangor, Aziz Mohamed, menjadi jutawan Bank Rakyat yang kelima menerusi Cabutan Jutawan Rizq Plus sejak Akaun Pelaburan-i Rizq Plus diperkenalkan tahun 2022. Turut diraikan, pemenang Cabutan Anggota yang membawa pulang hadiah RM100,000 dan Cabutan bulanan RM20,000.

Menerusi Kempen Suara Hati 2026 pula, Awang Ahmad Khadar Awang Zainal, 40, dari Mukah, Sarawak yang muncul sebagai pemenang tempat pertama, berjaya merealisasikan suara hatinya untuk memiliki Toyota Fortuner yang merupakan kenderaan idaman beliau.

Whatsapp Image 2026 08 18 At 3.45.35 Pm 1

Turut hadir, empat lagi pemenang yang menerima hadiah wafer emas seberat 50 gram, 30 gram dan 20 gram, serta barang kelengkapan rumah bernilai RM10,000. Kempen Suara Hati ini juga memberikan seramai 65 pemenang sagu hati masing-masing menerima RM500 yang dikreditkan ke Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Whatsapp Image 2026 08 18 At 3.45.35 Pm

“Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10.8 juta, manakala Kempen Suara Hati menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000.”

“Setiap hadiah yang disampaikan bukan sekadar satu ganjaran semata-mata, tetapi merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang telah memilih Bank Rakyat sebagai rakan kewangan mereka.” – kata Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak

“Bank Rakyat mahu lebih ramai lagi rakyat Malaysia membina daya tahan kewangan melalui langkah yang mudah, konsisten dan patuh Syariah, sejajar dengan aspirasi #UntukSemua. Justeru, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus merupakan instrumen pelaburan patuh Syariah yang boleh dimulakan dengan serendah RM100 bagi membantu pelanggan membentuk tabiat kewangan yang lebih sihat.”

“Sehingga kini, Rizq Plus telah dipilih oleh lebih 250,000 rakyat Malaysia dengan jumlah pelaburan melebihi RM1 bilion. Sejak produk itu diperkenalkan pada 2022, seramai lima jutawan telah dilahirkan. Peluang masih terbuka untuk Cabutan Jutawan seterusnya pada Oktober 2026, yang menawarkan hadiah RM1 juta kepada seorang lagi bakal jutawan.” – kata beliau

Berkonsepkan langgan dan menang, Kempen Suara Hati 2026 yang berlangsung dari 19  Februari hingga 30 April 2026 bersempena bulan Ramadan dan Syawal lalu, melibatkan Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pajak Gadai-i.

“Pada masa hadapan, Bank Rakyat kekal komited menawarkan penyelesaian kewangan yang relevan, mudah diakses dan benar-benar memberi nilai kepada seluruh lapisan masyarakat. Komitmen itu mencerminkan makna #UntukSemua yang menjadi aspirasi Bank Rakyat.” – tambah Datuk Mohd Irwan.

Maklumat lanjut mengenai senarai penuh nama pemenang atau produk dan kempen Bank Rakyat boleh diperoleh melalui www.bankrakyat.com.my, media sosial rasmi @mybankrakyat, Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |