Program Makan Bergizi Gratis (MBG) iaitu program pemakanan percuma di sekolah Indonesia seakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Malaysia, sekali lagi menjadi bualan hangat dan mencetuskan kemarahan netizen selepas tular satu video memaparkan kualiti serta porsi makanan yang disediakan untuk murid sekolah disifatkan tidak seimbang dengan peruntukan yang ditetapkan.
Menerusi video tular tersebut, seorang ibu meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila melihat bekalan MBG yang diterima anak kecilnya yang menuntut di sekolah tadika. Mana tidaknya, hidangan yang kononnya bernilai anggaran Rp10,000 (sekitar RM2.80) itu hanya mengandungi seketul roti bertabur sprinkle warna-warni, sebiji telur rebus dan tiga biji buah mata kucing.
Artikel berkaitan: Kualiti Buruk, Senang Rosak, Indonesia Kumpul Buku Teks Malaysia & Negara Jiran Lain Sebagai Rujukan
Artikel berkaitan: Iklan ‘Visit Malaysia’ Dalam Tren Indonesia, Netizen Seberang Puji Strategi Pelancongan Malaysia
Lebih menyakitkan hati, ibu berkenaan mendedahkan roti yang dibekalkan kelihatan tidak segar dan diragui kualitinya sehingga beliau melarang anaknya daripada memakan roti tersebut atas faktor keselamatan dan kesihatan.
Ibu berkenaan mempertikaikan ketelusan pihak penyedia makanan (vendor) dan mempersoalkan ke mana perginya nilai peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk makanan berkhasiat anak-anak kecil.
Video tersebut dengan pantas memuatkan ruangan komen dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mengutuk tindakan pihak pengurusan atau penyedia makanan yang dianggap mengambil kesempatan dan tidak ikhlas dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk generasi muda.
Malah, ada juga netizen Malaysia yang membandingkan bantuan makanan yang sama di Malaysia yang jauh lebih berkualiti dan sihat.

Sebagai info, program Makan Bergizi Gratis di Indonesia ini tidak diedarkan secara individu atau dimohon secara persendirian oleh ibu bapa, tetapi ia disalurkan terus melalui sistem sekolah dan institusi berkaitan.
Sumber: Threads, Presiden Republik Indonesia

7 hours ago
13
![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















