Ketika ini, polis sedang giat mengesan tiga individu yang merompak sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands pada Isnin.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati kumpulan suspek terbabit naik ke Genting Highlands dengan sebuah kenderaan sebelum melancarkan aksi rompakan sekitar jam 11.40 pagi.
Menurutnya, barang kemas yang dilarikan kumpulan berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM1.7 juta.
Polis turut memaklumkan tiga suspek berkenaan hanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minit sahaja untuk melarikan pelbagai jenis barang kemas dan emas dari premis berkenaan.
“Suspek yang memakai topi, pelitup muka dengan bersenjatakan kapak dan kuku kambing mengambil masa sekurang-kurangnya dua minit untuk melakukan rompakan.
“Kesemua mereka kemudian turut dikesan menuruni Genting Highlands, sejurus melakukan rompakan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Polis ramai merata tempat” – Genting Highlands Alami Sesak Teruk, Tular Dakwaan Kedai Emas Dirompak
Artikel berkaitan: Selamba… 2 Lelaki Bawa Beg ‘E-hailing’ Larikan 15 Dulang Barang Kemas Bernilai RM60,000
Suspek terlepas pemeriksaan polis
Dalam insiden semalam, polis bertindak melancarkan Op Tutup bermula jam 12 tengah hari hingga petang sejurus selepas laporan kejadian rompakan itu.
Bagaimanapun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta yang dinaiki suspek dipercayai sudah melepasi pusat pemeriksaan lebih awal sebelum Op Tutup dilaksanakan.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan beberapa individu telah diambil keterangan untuk siasatan.
Polis juga memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian

9 hours ago
8

![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















