“Poster pun lukis je” – Dianggap Animasi Paling Teruk, Tapi Kenapa Filem Niu Lai Jadi ‘Box Office’ Di China?

6 hours ago 9

Kalau kebiasaannya sesebuah filem memerlukan barisan pelakon terkenal, animasi yang berkualiti tinggi, jalan cerita yang mantap serta promosi besar-besaran untuk menarik penonton ke pawagam, tapi berlainan pula dengan filem animasi Niu Lai dari China ini.

Filem yang pada awalnya hampir tidak dipedulikan itu kini menjadi fenomena luar biasa di sana sehingga kutipannya melonjak berkali-kali ganda dalam tempoh singkat.

7021E7B3 379C 474E 8B8C 49C374Da490B 0

Hasil ciptaan 2 beranak

Niu Lai yang diterjemahkan kepada ‘The Arrival of The Ox’ merupakan sebuah filem animasi berdurasi kira-kira 86 minit.

Ia mengisahkan seekor anak lembu yang baru lahir dan seekor burung skylark dalam sebuah kisah berbentuk mimpi, dengan tema seperti kasih sayang, keberanian, ketabahan dan pengorbanan.

Menurut laporan, filem ini bukan dihasilkan oleh sebuah studio animasi besar dengan puluhan atau ratusan pekerja. Sebaliknya, filem ini dibangunkan oleh ibu dan anak dengan bajet sekitar 1,680 yuan (RM1,100) dalam masa 5 tahun.

Screenshot 2026 08 18 123821

Dikutuk animasi paling teruk

Mula ditayangkan pada 5 Ogos, Niu Lai hampir tidak mendapat perhatian. Dalam sembilan hari ditayangkan, filem ini hanya menjana 7,159 yuan (RM4,300) sahaja dan ditonton oleh 200 orang.

Ia seolah-olah bakal berakhir sebagai sebuah filem kecil yang ditayangkan seketika sebelum dilupakan. Mana tidaknya, hampir tiada pemasaran, apatah lagi promosi untuk tayangan animasi ini.

Menurut laporan, satu-satunya pemasaran yang ada untuk filem ini hanyalah poster yang menunjukkan lukisan tradisional China dengan sinopsis pendek.

Gg

Ramai yang mempersoalkan mengenai kualiti animasinya, ada yang mengatakan rekaan watak terlalu buruk dan memalukan, dan ada juga yang tidak percaya sebuah filem dengan visual sebegitu boleh mendapat tayangan di pawagam.

Menurut Shanghai Daily, penonton mengatakan filem ini lebih teruk dari klip yang dibuat menggunakan AI.

Kutipan melonjak hingga pecah panggung

Walaupun filem ini telah dikritik hebat, ramai yang berasa ingin tahu untuk melihat betapa teruknya filem ini sehingga menjana box office dan menjadi fenomena besar buat dua pencipta filem ini.

Disebabkan rasa ingin tahu orang ramai atau FOMO (fear of missing out), kutipan yang perlahan tiba-tiba melonjak tinggi sehingga melepasi 11.4 juta yuan (RM6.7 juta).

Malah, filem ini turut memasuki 10 filem animasi paling menguntungkan di China tahun 2026 dan salah satu filem paling menguntungkan dalam sejarah filem China.

Lebih mengejutkan, Niu Lai turut bersaing dengan dengan filem blockbuster Hollywood seperti The Odyssey dan Spider Man: Brand New Day.

Niu Lai

Artikel berkaitan: “Semoga segera pulih” – Animasi Tempatan Titip Doa Buat Indonesia

Artikel berkaitan: Ini 5 Animasi Terkenal Yang Korang Tak Sangka Sebenarnya Buatan Malaysia, Cayalah!

Dihargai kerana tidak guna AI

Fenomena Niu Lai juga mencetuskan perbincangan hangat mengenai industri animasi. Pada ketika industri kreatif semakin dipengaruhi kecerdasan buatan (AI), Niu Lai tampil dengan sesuatu yang bertentangan.

Kemunculan animasi sebegini membuatkan penonton melihat ia sebagai suatu filem yang unik kerana tidak bergantung dengan AI.

Ada kemungkinan sebahagian penonton buka lagi membeli tiket semata-mata untuk menikmati filem, tetapi untuk menjadi sebahagian daripada fenomena yang berlaku.

The Chinese animated film “Niu Lai,” mocked for its “disaster-level” visuals, has unexpectedly gone viral, with its box office now surging into the six-figure range.
So why are people buying tickets to see it?#NiuLai #FilmTok #China #TikTalkingChina@dominictsz @XH_Lee23pic.twitter.com/FuRQ8i3IRP

— Chengdu China (@Chengdu_China) August 18, 2026

Amaran kepada pawagam

Namun, di sebalik kejayaan luar biasa itu, Niu Lai turut mengundang kritikan daripada pihak tertentu.

Beijing News memberi amaran bahawa pawagam berisiko kehilangan kepercayaan penonton sekiranya terus menambah tayangan filem yang dianggap tidak memenuhi standard.

Ironinya, filem yang pada awalnya hampir tidak dikenali dan menjadi bahan kecaman itu kini menjadi fenomena di China.

Niu Lai bukan sekadar kisah mengenai seekor lembu tetapi juga tentang kuasa ingin tahu, budaya meme dan bagaimana media sosial mampu mengubah nasib sebuah karya dalam sekelip mata.

Sumber: Shanghai Daily, South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |