Dulu Menang RM1,500, Kini Lagu ‘Cikgu Hashim’ Jadi Simbol Hari Guru Malaysia

2 hours ago 7

Setiap kali tibanya Hari Guru, dewan sekolah pasti akan bergema dengan bait-bait lirik “Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji…”. Lagu ini sudah menjadi ‘lagu wajib’ sejak berpuluh tahun lamanya, tapi pernahkah kita terfikir siapakah insan di sebalik karya agung ini?

Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Facebook, Azlinda Hashim yang merupakan anak kepada Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad, telah menceritakan kisah bapa kesayangannya yang juga merupakan pencipta serta penulis lirik lagu tersebut.

Cats 10

Artikel berkaitan: “Kami mohon untuk tidak beri pen, mug, frame” –  Cikgu Didakwa ‘Demand’ Hadiah Hari Guru Cetus Perhatian Netizen

Artikel berkaitan: Bekas Pelajar Kumpul Duit, Hadiahkan Bas & Surau Baharu Untuk Sekolah Sempena Hari Guru

“Takpa Depa Tak Kenal Sapa Buat Lagu Tu…”

Menurut Linda, arwah bapanya merupakan seorang yang sangat merendah diri. Walaupun karyanya dinyanyikan oleh jutaan orang setiap tahun, arwah tidak pernah mengejar glamor atau penghargaan.

“Arwah selalu kata, ‘takpa depa tak kenal sapa yang buat lagu tu, tapi depa menyanyikan setiap tahun pun, ayah dah seronok sangat’,” tulis Linda.

Apa yang lebih menghibakan, rupa-rupanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri lewat mengetahui siapakah pencipta sebenar lagu ini. Segalanya terbongkar selepas beberapa tahun arwah meninggal dunia apabila Linda sendiri menggerakkan hati untuk menghantar e-mel kepada Pengarah Pendidikan.

Sejarah Kemenangan Lagu ‘Guru Malaysia’

183728280 10157604928740916 7694056081847199483 N

Mengikut keratan akhbar lama, Allahyarham pernah memenangi Johan Peraduan Mencipta Lagu dan Senikata sempena Perayaan Hari Guru dan membawa pulang hadiah wang tunai $1,500 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.

Beliau mengakui ilham lagu itu datang secara bersahaja, namun senikatanya digarap dengan penuh teliti agar sesuai dengan aspek tugas guru, Rukun Negara, dan janji setia seorang pendidik kepada pembangunan negara.

Perginya Seorang Permata Yang Tersembunyi

Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad bukan calang-calang orang, anak kelahiran Tanjung Tok Kong, Pulau Pinang dan bekas penuntut Penang Free School ini merupakan seorang pendidik sejati yang pernah berkhidmat di banyak sekolah, terutamanya di sekitar Kedah sebagai Guru Muzik Beredar.

Walaupun penghargaan rasmi hanya datang selepas arwah tiada, namun legasi yang ditinggalkan Cikgu Hashim Ahmad tetap hidup subur setiap kali sambutan 16 Mei tiba.

“Al-Fatihah untuk arwah ayah, Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad,” tulisnya di penghujung hantaran.

Sebagai info, lagu berkenaan sudahpun menjadi Hak Milik Kerajaan Malaysia, sama-samma kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |