Niat murni seorang lelaki mahu menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang berubah tragedi apabila dia pula terjatuh kira-kira sedalam 4 meter di belakang rumahnya yang terletak di Taman Melaka Perdana, Ayer Keroh di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi tadi, mangsa yang berusia 32 tahun dipercayai terpijak pada penutup longkang konkrit sebelum dia terjatuh ke dalam longkang di kawasan semak di atas bukit belakang rumahnya.
Artikel berkaitan: “Kami maafkan” – Diherdik Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan, Anggota Bomba Tak Kecil Hati Dilabel Tak Berguna
Artikel berkaitan: 2 Beradik Berjaya Diselamatkan Oleh Bomba Dalam Kejadian Kebakar*n
Memetik laporan Kosmo!, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihak bomba ada terima panggilan kecemasan jam 10.58 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil bersama bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar terdapat seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 4 meter di belakang rumah.”
“Mangsa dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup longkang konkrit ketika cuba menyelamatkan seekor kucing yang berada di kawasan semak berhampiran.”
Tambah beliau, mangsa dipercayai ‘terperangkap’ selama 30 minit di dalam longkang sebelum disedari orang awam yang kemudian menghubungi pihak bomba untuk dapatkan bantuan.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan teknik hauling dengan bantuan peralatan sked stretcher bagi membawa mangsa naik ke atas dengan selamat.”
“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital selepas mengalami kecederaan pada kaki kanan.”
Seramai 14 anggota bomba bersama 2 jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) terlibat dalam operasi tersebut.
Tambahnya lagi, operasi telah berjaya dikawal pada pukul 12.41 tengah dari sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.06 petang.
Sumber: Kosmo!

1 hour ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















