“Lembut dalam tutur kata, sopan” – Guru Kongsi Video Lama Aisha Retno Menyanyi Masa Tingkatan 5

3 hours ago 6

Memandangkan Hari Guru bakal menjelang, seorang guru yang dikenali sebagai Ahmad Nizam Daud telah mengimbau kenangan bersama bekas muridnya yang kini seorang penyanyi popular yang sedang meningkat naik iaitu Aisha Retno.

Menerusi Threads miliknya, Ahmad Nizam kongsikan satu klip video Aisha memakai uniform lengkap sekolah berwarna putih dan biru sedang menyanyikan lagi If I Ain’t Got You.

Menurut Ahmad Nizam, video tersebut dirakamkan pada tahun 2017 semasa Aisha di Tingkatan 5 semasa menghadiri satu ujibakat pertandingan nyanyian dipanggil Berjaya Teenstar Challenge 2017 bersama adiknya dan beberapa pelajar lain.

Artikel berkaitan: Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan

Artikel berkaitan: “Macam tu je dia peluk” – Aisha Retno Jumpa Ariana Grande & Cynthia Erivo, Siap Nyanyi Bersama!

“Aisha dah terlalu hebat untuk bersaing dalam pertandingan ini”

Pada waktu itu, Ahmad Nizam menyandang jawatan sebagai setiausaha kokurikulum. Menurutnya, adik kepada Aisha iaitu Sayed menjadi seorang finalis dalam pertandingan itu bagaimanapun juri memberikan keutamaan buat adiknya berbanding Aisha.

“Talent examiner pada sesi uji bakat tersebut mahu memberi peluang kepada adik Aisha untuk menunjukkan bakatnya dan menyinar.”

“Tambahan pula, Aisha pada waktu itu merupakan pemenang bagi Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat WP Kuala Lumpur dan telah mewakili Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan. Alasannya, Aisha sudah terlalu hebat untuk bersaing dalam pertandingan ini.”

Ahmad Nizam yang pernah mengajar Aisha Retno di SMK Seksyen 5 bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ketika penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu tingkatan 3 pada tahun 2015 menyatakan Aisha seorang yang lemah lembut dalam tutur kata dan sopan.

“Aisha punya karakter yang menyenangkan, lembut dalam tutur kata, sopan, duduk pada barisan paling depan di dalam kelas dan kerap bertanyakan soalan apabila ada yang tidak difahaminya. Hari ini, aku hanya melihat Aisha Retno dari jauh; sesekali berkomunikasi di Whatsapp dan Instagram untuk mengucapkan tahniah apabila Aisha berjaya dalam satu-satu pertandingan.”

Jelasnya, Aisha merupakan salah seorang bekas murid daripada belasan ribu pelajar yang sudah tamatkan zaman persekolahan. Katanya, sejak menjadi seorang pengajar sejak 25 tahun lalu, dia menyaksikan kejayaan bekas murid yang berjaya.

“Semenjak menjadi seorang pendidik 25 tahun yang lalu, ada dalam kalangan mereka ini yang menjadi doktor, pilot, arkitek, kontraktor, pembaca berita, pereka fesyen, businessman, pengurus bank, pelakon, guru, pensyarah dan sebagainya.”

Menurutnya, biarpun menjadi seorang guru tidak menjadikan dirinya kaya dengan harta benda, tetapi menjadi guru itu kaya dengan doa daripada anak-anak muridnya yang saban tahun bersilih ganti.

Dalam perkongsian yang telah meraih 1.5K likes dalam masa 6 jam, hantaran tersebut telah meraih perhatian Aisha Retno sendiri dengan memberikan ucapan Selamat Hari Guru kepada Ahmad Nizam.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |