7trump

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak lagi menekankan keperluan gencatan senjata segera dalam perang Ukraine-Rusia, sebaliknya kini mengutamakan usaha mencapai perjanjian damai yang lebih berkekalan.

Memetik laporan Astro Awani, Trump memaklumkan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berlangsung dengan baik, selain turut mengadakan panggilan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy serta beberapa pemimpin Eropah termasuk Setiausaha Agung NATO. Beliau menyifatkan semua pihak bersetuju bahawa penyelesaian terbaik adalah mencapai perjanjian damai, bukannya sekadar gencatan senjata yang sering kali gagal dipatuhi.

Screenshot 2025 08 17 at 1.48.51 PM

Menerusi catatan di platform media sosial Truth Social, Trump menggambarkan hari tersebut sebagai “hari yang hebat dan sangat berjaya di Alaska”. Beliau turut mengumumkan bahawa Zelensky dijangka akan berkunjung ke Washington dalam masa terdekat.

Jika rundingan bersama Zelensky berjalan lancar, Trump menyatakan mesyuarat susulan bersama Putin akan diatur selepas itu. Langkah ini dilihat sebagai usaha baharu untuk membuka ruang kepada penyelesaian politik terhadap konflik yang sudah berlarutan sejak lebih dua tahun.

Sebelum pertemuannya dengan Putin pada Jumaat, Trump masih menekan ke arah pelaksanaan gencatan senjata segera. Perubahan pendirian ini dilihat sebagai strategi diplomatik bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap perang di Ukraine.

Baca: Trump Akan Bertemu Putin, Bincang Gencatan Senjata Perang Rusia-Ukraine

Screenshot 2025 08 16 at 11.18.12 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.