noh salleh isteri bakal timang cahaya mata perempuan

Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isteri, Fatin Athira telah mengumumkan mereka bakal bertukar status menjadi ibu dan ayah tidak lama lagi kerana akan menimang cahaya mata sulung nanti.

Noh telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Instagram baru-baru ini.

Pasangan ini turut berkongsikan jantina bayi sulung mereka itu iaitu bayi perempuan menerusi acara gender reveal yang disertai oleh keluarga dan sahabat-sahabat terdekat semalam.

noh salleh bakal timang anak sulung

Artikel berkaitan: Noh Salleh Selamat Bernikah Dengan Athira Dalam Majlis Serba Ringkas

Artikel Berkaitan: “Nasib Noh sporting” – Lelaki Ini Minta Noh Salleh Tandatangan IG Story Buat Orang Ramai Kagum

Ketika acara gender reveal atau pendedahan jantina bayi Noh dan isteri, dapat dilihat Noh melompat kegembiraan apabila asap dan kertas merah jambu dilepaskan ke ruang acara, menandakan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi adalah bayi perempuan.

WhatsApp Image 2025 08 17 at 11.57.23 AM 1

Untuk makluman semua, Noh telah berkahwin dengan Fatin Athira pada bulan September 2023.

Tahniah Noh & Fatin Athira!

Sumber: Instagram Noh Salleh 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.