Seorang lelaki ditemui maut di dalam gaung di jalan ke arah Empangan Hidroelektrik Baleh di Kapit, Sarawak selepas mangsa dilaporkan seminggu hilang, lapor Buletin TV3.
Difahamkan, kereta Perodua Bezza yang dipandu oleh mangsa, Pika Rangga yang berusia 53 tahun itu ditemui dalam keadaan telah terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter.
Mangsa pula ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia sekitar 50 meter dari lokasi keretanya ditemui.
Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Sejak 1997 Ditemui Dalam Glasier, Jasad Hampir Sempurna
Artikel berkaitan: Tengk*rak Manusia Dijumpai Dalam Rumah Kayu, Dipercayai Anak Bekas ADUN
Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik dari kawasan gaung itu oleh pihak bomba dengan menggunakan pengusung khas dan sistem takal.
Kematian mangsa telah disahkan oleh pasukan KKM yang turut ke lokasi kejadian.
Untuk tindakan lanjut, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kapit dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti oleh keluarganya.
Sumber: Buletin TV3