“Rakyat Malaysia memang berbeza. Tak ada chaos, tak rushing, semuanya tenang. Walaupun tersangkut jam, semuanya kekal tenang. Respect!
“Saya kagum dengan rakyat Malaysia. Good Job!”
Itulah kata seorang pempengaruh TikTok juga seorang travel vlogger, @terrypernell (TravelWithTerryP) yang kini sedang melancong di sekitar Kuala Lumpur.
Video tular tersebut dipercayai dirakam di persimpangan Bukit Bintang yang terkenal dengan kesesakan luar biasa setiap kali tibanya hujung minggu.
@terrypernell Malaysia really different… no chaos, no rushing, just calm vibes everywhere. Even in traffic, y’all stay patient. Respect 🙌 #travelwithterryp #M#MalaysiaVibesC#ChillCulturemalaysiatravel #viisialaysia2026 ♬ original sound – EducationMalaysiaArtikel berkaitan: [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bagi Air Percuma Dekat Pengguna Jalan Raya Yang Sangkut ‘Jammed’ Di LPT
Artikel berkaitan: Lepas Agih Ayam Percuma Di Bukit Bintang, Kali Ini Geng Bertopeng Edar Telur Ayam Percuma Pula Untuk Orang Ramai
Tetapi, lain pula pandangan rakyat Malaysia sendiri di ruangan komen. Ramai yang tampil berkongsi realiti sebenar bila terperangkap dalam jalan yang sedang jammed.
“Memang nampak tenang sebab kami menjerit dalam kereta,” kata seorang pengguna bernama Dina.
“Itu nampak di luar, dalam hati Tuhan sahajalah yang tahu,” balas seorang lagi.
“Apa gunanya kalau hon-hon. Hon pun kereta masih tak berjalan,” seloroh seorang pengguna lain.
Mengulas komen-komen itu, Terry menjelaskan bahawa di banyak negara lain, dia sering menyaksikan kejadian tak menyenangkan bila orang berdepan kesesakan jalan raya.
Sebab itulah, dia kagum melihat rakyat Malaysia yang masih mampu kekal tenang walaupun tersekat dalam kesesakan jalan raya selama berjam-jam lamanya.

Namun, Terry mengakui dia juga terhibur baca reaksi orang Malaysia.
“Bro, saya ketawa baca semua komen-komen ni. Baiklah, saya faham sekarang. It make sense,” katanya.
Di TikTok, Terry kini mempunyai lebih 67.6k followers dan dikenali dengan kandungan berbentuk POV (point of view) yang membolehkan penonton merasai pengalaman sebenar ketika melancong.
Antara perkongsian popular termasuk pengalaman pertamanya menaiki MRT di Malaysia dengan kapsyen, “First time riding Malaysia’s MRT and I’m blown away.”
Selain itu, Terry juga gemar mencuba pelbagai makanan jalanan seperti di Bukit Bintang, selain kerap berkongsi video lain yang merakamkan pengalamannya menjelajah lokasi menarik di negara ini.