Malaysia, 28 Julai 2025 – Bersedia untuk mengaktifkan ‘beast mode’ dalam diri anda dan tampil berani dengan gaya tersendiri apabila Skechers, The Comfort Technology Company™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, melancarkan koleksi terbaru Skechers Sport. Menampilkan tiga corak penuh gaya: Skechers Monster Evo dan Monster Evo – Calivur untuk lelaki, serta Skechers Monster Evo – Bold Move untuk wanita, koleksi streetstyle ini direka khas untuk mereka yang berani tampil menyerlah, hidup dengan penuh gaya, dan tidak gentar untuk menonjol dari yang lain!
Direka untuk memberikan impak dan gaya, setiap rekaan dalam koleksi Skechers Sport menampilkan tapak kasut tebal dan berukir yang bukan sahaja memberikan aura dan keyakinan dalam penampilan, tetapi juga menambah ketinggian secara semula jadi bagi menambahkan keyakinan diri pada setiap langkah.
Barisan untuk lelaki hadir dengan dua model berbeza dalam pilihan warna yang garang: Skechers Monster Evo dengan pilihan Putih Kelabu, Putih Perak Pelbagai, dan Kelabu Arang, manakala Monster Evo – Calivur ditawarkan dalam Hitam Arang dan Kelabu Arang. Bagi wanita pula, Skechers Monster Evo – Bold Move hadir dalam dua warna versatil iaitu Hijau Muda dan Merah Jambu, sempurna untuk menaikkan gaya streetstyle harian anda.
Disarung dan diperagakan oleh Duta Jenama Serantau Skechers, Cha Eun-woo, koleksi streetstyle ini menyerlahkan semangat berani siluet “beast mode” ini — daripada tapak luar yang tebal dan dramatik hinggalah kepada rekaan yang meningkatkan keyakinan diri. Sama ada anda menguasai kota atau bersantai di waktu lapang, koleksi Skechers Sport direka untuk tampil bergaya, selesa, dan penuh keyakinan.
Bakal mendominasi jalanan, koleksi Skechers Sport turut menggabungkan rekaan tapak kasut besar yang diinspirasikan dari era 90-an dengan inovasi keselesaan moden Skechers — terutamanya Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang memastikan kaki kekal sejuk dan selesa walaupun ketika bergerak aktif.
Daripada struktur hinggalah kepada keselesaan, koleksi ini mencerminkan visi Skechers dalam menghasilkan kasut gaya hidup moden yang menggabungkan rekaan terkini dengan fungsi praktikal untuk pemakaian harian.
Skechers Monster Evo untuk lelaki tampil menonjol dengan bahagian atas yang berlapis secara dinamik, diperbuat daripada mesh sintetik serta perincian overlay yang tajam dalam tiga tona warna. Tapaknya yang tebal dan berukir, lengkap dengan alur berombak serta kontur tepi yang berani, menyerlahkan profil sporty moden yang pasti menarik perhatian, sambil memberikan sokongan pergerakan sepanjang hari.
Skechers Monster Evo – Calivur direka dengan panel yang lebih kemas dan penggunaan warna blok yang lebih halus untuk gaya yang lebih minimalis dan sofistikated. Tiga gabungan tona yang ditawarkan memberikan sentuhan urban yang ringkas namun bergaya — sesuai untuk mereka yang gemarkan rekaan minimalis tetapi tetap berimpak.
Kedua-dua model lelaki ini turut dilengkapi dengan tapak dalam Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak tengah berkusyen untuk memberikan keselesaan optimum sepanjang hari, ke mana sahaja arah langkah anda.
Bagi wanita yang menyerlah dengan karisma dan keyakinan diri, Sport Monster Evo – Bold Move menawarkan rekaan yang penuh kuasa — membebaskan aura berpengaruh pada setiap langkah. Kasut ini menampilkan siluet atletik yang dinamik dengan gabungan bahan sintetik dan tekstil, diserlahkan dengan overlay bergaya dan mesh bernafas.
Dilengkapi dengan Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak tengah berkusyen ringan, kasut ini memberikan rasa yang lapang dan keselesaan luar biasa tanpa menjejaskan penampilan yang garang dan penuh gaya.
Dengan harga RM399, koleksi Skechers Sport kini boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama Shopping Centre. Mulai 1 September, ia juga boleh didapati secara dalam talian di skechers.com.my, Shopee, dan Lazada.