Ft Ewaste Jas

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pengurusan buangan terjadual (scheduled wastes) menerusi siri operasi khas, Ops Hazard.

Setakat Ops Hazard 3.0 yang berakhir pada 8 April 2026, sebanyak 214 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis yang didapati melakukan jenayah alam sekitar.

Whatsapp Image 2026 04 10 At 10.47.36 1

Kejayaan terbesar dicatatkan menerusi Ops Hazard 3.0 yang menyasarkan aktiviti pemprosesan e-waste haram secara besar-besaran.

Dalam operasi serentak di 11 buah negeri tersebut sebanyak 104 buah kilang telah diserbu oleh pihak berkuasa dan kira-kira 4,714 MT e-waste yang dianggarkan bernilai lebih RM23.79 juta telah berjaya dirampas serta sebanyak 101 kompaun berjumlah RM202,000 telah dikeluarkan hasil daripada serbuan tersebut.

Whatsapp Image 2026 04 10 At 10.47.35

Sebelum ini, Ops Hazard 1.0 telah memfokuskan kepada pengesan punca haram di kawasan industri terpencil, di mana 35 kompaun dikeluarkan dengan nilai sabitan mahkamah mencecah RM193,000. Manakala Ops Hazard 2.0 pula menyaksikan pemeriksaan ke atas 69 premis dengan pembukaan 42 kertas siasatan bagi mengekang rantaian pelupusan tanpa permit.

Denda Sehingga RM10 Juta

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, menegaskan bahawa siri operasi ini bukan sekadar rutin, tetapi merupakan mesej amaran kepada semua pihak.

Artikel berkaitan : NRES, Kerajaan Sabah Perkukuh Agenda Kelestarian Alam Demi Masa Hadapan

Artikel berkaitan : Malaysia Bangun Kerangka Perundangan E-Sisa, Fokus Enam Item Utama

Selaras dengan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang telah diwartakan, pelaku jenayah alam sekitar kini berdepan hukuman yang lebih berat:

  • Hukuman denda maksimum sehingga RM10 juta.
  • Peruntukan hukuman penjara bagi melindungi kelestarian ekosistem.

NRES komited untuk memastikan Malaysia tidak dijadikan tempat pelupusan sisa haram dan akan terus memperhebatkan operasi bagi memastikan kedaulatan serta kesihatan awam terjaga.

Sumber : NRES

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.