“Kadang saya pun tanya soalan sama dengan Allah”, itu luah dan jawapan daripada pempengaruh dan penyanyi, Agy apabila suaranya menjadi pertikaian netizen dengan memberikan satu soalan sinis kepadanya.
Menerusi media sosial miliknya, pemilik nama sebenar Muhammad Affizy Mohd Khairy membuat satu pekongsian di mana ia respon komen daripada netizen mempertikaikan suaranya yang tidak seperti orang lelaki.
Artikel berkaitan: Tiada Lesen Sah, Pempengaruh Jual Piza Wagyu Dalam MPV Dikompaun
Artikel berkaitan: “Dia punya tak puas hati…” – Cik Epal Tergelak Bila Dituduh Bayar Jason Buat Review Piza Mendonia
Bab suara ni saya tak mampu nak ubah – Agy
Sebagai manusia biasa, Agy menyatakan bahawa dia sendiri pernah tertanya-tanya mengapa dia dilahirkan suara sebegitu.
Namun, dia cuba menepiskan kerana merasakan bahawa ia seoalah-olah tidak bersyukur dengan pemberian Allah.
“Bab suara ini saya tak mampu ubah apa pun orang cakap, suara saya dah Allah bagi bukan dibuat-buat. Maafkan saya sebab tak sempurna dan tak dapat nak penuhi kesempurnaan yang orang inginkan.”

Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen ada yang memberikan sokongan moral buatnya dan ada juga yang sebaliknya.
Baru-baru ini, Agy kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila dia bakal melancarkan lagu raya yang berjudul Lala Raya dalam masa terdekat ini, Agy dilihat ada memuat naik teaser muzik video lagu tersebut dan ia turut mengundang bermacam-macam reaksi netizen.

19 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















