dua guru didakwa rotan pelajar

Dua orang guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di George Town dihadapkan ke mahkamah berasingan atas pertuduhan merotan pelajar sehingga menyebabkan kecederaan. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Di Mahkamah Majistret 3, tertuduh, Chong Kean Beng, 59, yang kini sudah bersara didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan menggunakan rotan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Disiplin Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian pada jam 5.30 petang, 6 Disember 2023.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia dan keluarganya dilarang mengganggu saksi serta mangsa.

Artikel berkaitan: Cikgu Luah Kecewa, Murid Tak Siapkan Kerja Sekolah Sebab Tahu Takkan Kena Marah

Artikel berkaitan: Anak ‘Kantoi’ Bawa V*pe & Telefon Ke Sekolah, Tindakan Ibu Ini Dipuji Ramai

WhatsApp Image 2025 10 06 at 12

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 2, seorang lagi guru lelaki, Lau Teik Hwa, 47, didakwa atas pertuduhan sama melibatkan pelajar yang sama.

Mengikut pertuduhan, Teik Hwa yang masih bertugas di sekolah yang sama didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Disiplin sekolah berkenaan pada jam 4 petang, 2 Ogos 2023.

Teik Hwa diberi jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Menurut laporan, kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.