“6 & 7 Oktober adalah tarikh besar” – Ini Sebab Kenapa Kapal Conscience Belum Lagi Masuk Zon Merah

14 hours ago 7

Ketika ini sedang berlangsung gelombang ketiga flotila kemanusian, di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam usaha memecah sekatan haram Israel.

Misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia. Mereka ketika ini sedang berada di atas kapal Conscience di tengah-tengah Laut Mediterranean.

Elak masuk zon merah pada 6 & 7 Oktober

Bagaimanapun, kapal Conscience memutuskan untuk tidak memasuki zon merah di perairan Gaza pada 6 dan 7 Oktober ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindakan ketenteraan oleh pihak Israel pada tarikh tersebut.

Artikel berkaitan: Fahami Perjuangan Global Sumud Flotilla, Berlayar Demi Harapan Rakyat Palestin

Artikel berkaitan: Tanda-Tanda Kiamat Ada Depan Mata, Ini Isyarat Untuk Kita Sedar

Hal ini berikutan dua tarikh tersebut amat sensitif dalam sejarah konflik Israel. Perkara itu dikongsikan oleh ahli misi Malaysia, Prof Dr Mohd Afandi Salleh yang berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah keselamatan.

“Kapten mengambil keputusan untuk tidak bergerak, mematikan enjin dan menurunkan sauh untuk berlabuh di tengah-tengah Laut Mediterranean ini sementara menunggu kapal-kapal kecil lain yang berada di belakang.

“6 Oktober 1973 amat signifikan, di mana Israel pernah diserang pada tarikh tersebut atau lebih dikenali sebagai Perang Yom Kippur, menyaksikan Israel ditewaskan oleh Mesir yang bergabung dengan Syria pada ketika itu.

“Begitu juga pada 7 Oktober 2023, Israel diserang oleh Hamas, yang menyebabkan ramai tawanan,” katanya.

556995371 24720795814251717 5583644518968993534 n

Menurutnya, berkemungkinan kapal akan memasuki perairan Gaza dalam tempoh lima hingga enam hari bergantung kepada keadaan semasa.

@buletintv3

MISI FFC-TMTG | Aktivis Malaysia, Dr Mohd Afandi Salleh yang menyertai misi kemanusiaan FFC ke Gaza, memaklumkan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition – Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) memutuskan untuk tidak memasuki zon merah di perairan Gaza pada 6 dan 7 Oktober, berikutan sensitiviti dua tarikh berkenaan dalam sejarah konflik Israel. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #GSF #FFC TMTG #Palestin #FreedomFlotillaCoalition #SaveGaza #FreePalestine #ThousandMadleens

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Katanya lagi, ketika ini semua ahli misi berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan latihan kecemasan dijalankan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan tentera Israel.

Seramai sembilan wakil Malaysia yang terlibat dalam misi FFC iaitu Ketua Delegasi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; empat doktor, iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, dan Dr Maziah Muhammad; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |