“Mereka paksa saya buka tudung” – Antara Aktivis Terawal Tiba Di Penjara, Zizi Kirana Dedah Tindakan Biadap Tentera Isr*el

18 hours ago 7

Aktivis dan penyanyi, Zizi Kirana yang dibebaskan daripada tahanan tentera Zionis Israel baru-baru ini telah mendedahkan pengalaman hitam yang dialaminya ketika berada di penjara Ketziot.

Menerusi satu pertemuan dengan Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, Zizi berkongsi detik getir yang tidak dapat dilupakan ketika ditahan dan diperlakukan secara biadap oleh tentera Israel sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza.

Menurutnya, dia bukan sahaja diherdik tetapi dia juga dipaksa untuk menanggalkan pakaian, malah dihina kerana memegang al-Quran dan memakai tudung.

Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?

“Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas,” cerita Zizi.

WhatsApp Image 2025 10 05 at 12

Katanya lagi, layanan kasar berkenaan berterusan apabila dia dibawa ke pusat imigresen Israel, di mana dirinya telah diperiksa secara memalukan.

Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, “no, it’s haram, I am Muslim“. Tapi mereka tarik juga tudung saya.”

Menurut Zizi, dia cuba untuk kekal tenang walaupun dikelilingi oleh askar bersenjata dan rakan-rakan bukan Islam yang melihatnya pun menangis dengan layanan yang diterimanya ketika di sana.

Kawan-kawan saya yang bukan Islam pun menangis tengok. Mereka jerit, ‘be strong!’ Saya cuma mampu sebut, Ya Allah, Ya Allah… sambil mereka terus periksa dan suruh saya buka semua pakaian.”

Artikel berkaitan: 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin

Artikel berkaitan: Peguam Dedah Sukarelawan Malaysia Ditarik Rambut, Dip*kul Di Muka & Diberi Makanan Haiwan 

Zizi dan Ardell antara aktivis terawal tiba di penjara

Kata Zizi dalam satu rakaman video yang dimuat naik Zayan, dia dan Ardell Aryana merupakan antara aktivis terawal yang tiba di penjara berkenaan.

Dia turut menceritakan bagaimana dirinya dipaksa memakai pakaian penjara, tanpa tudung dan tanpa maruah, walau bagaimanapun tetap tegas mempertahankan prinsip sebagai seorang Muslim.

Sampai di penjara pun mereka tak bagi pakai hijab. Inner baju saya digunting, kasut ditarik, tudung saya direntap lagi sebelum naik bas ke penjara. Tapi saya tetap pegang sisa hijab saya yang tinggal,” katanya.

Tambah Zizi lagi, dia bersama Ardell terpaksa menggunakan selimut untuk menutup bahagian kaki ketika solat kerana tidak mempunyai stokin.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Turkiye serta pihak konsulat kerana memberikan layanan dan sokongan yang baik kepada para aktivis sebaik mereka dikeluarkan daripada penjara zionis itu.

Misi Global Sumud Flotilla ini disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.

Sumber: Astro AWANI, Zayan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |