7bilbao

Pasukan La Liga, Athletic Club Bilbao menzahirkan solidariti terhadap Palestin dalam satu upacara khas sebelum perlawanan menentang RCD Mallorca di Stadium San Mamés, baru-baru ini.

Screenshot 2025 10 05 at 12.45.21 PM

Dalam perlawanan tersebut, sekumpulan pelarian Palestin yang menetap di wilayah Basque dijemput turun ke padang sebagai tetamu kehormat dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh seluruh penyokong yang memenuhi stadium. Inisiatif itu diumumkan oleh kelab sehari sebelum perlawanan sebagai tanda sokongan kemanusiaan terhadap mangsa konflik di Gaza.

Athletic Bilbao dalam kenyataannya menyeru supaya pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan serta menegaskan komitmen kelab terhadap isu kemanusiaan sejagat. Kelab itu turut menekankan persamaan sejarah antara rakyat Basque dan Palestin yang sama-sama melalui perjuangan menuntut keadilan dan kebebasan.

Presiden kelab, Jon Uriarte menjelaskan bahawa penghormatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai nasib pelarian Palestin serta menyemai rasa empati melalui sukan bola sepak sebagai bahasa universal yang menyatukan manusia. Para pelarian yang dijemput telah diberi layanan istimewa sebagai simbol dedikasi kelab terhadap nilai keadilan sosial.

Sokongan terhadap Palestin bukanlah sesuatu yang baharu dalam budaya bola sepak Basque. Penyokong Athletic Bilbao sebelum ini pernah mengibarkan bendera Palestin serta mempamerkan kain rentang bertulis “We stand with Palestine from today until the very last day”, selain laungan “Palestina Aurrera” (Maju, Palestin) yang kerap bergema di stadium. Sikap solidariti ini mencerminkan perjuangan panjang masyarakat Basque yang turut memahami erti penindasan dan perjuangan untuk kebebasan.

Sumber: Roya News

Baca: Dihina, Diseret, Dipaksa Cium Bendera, Ini Layanan Yang Diberikan Tentera Isra*l Kepada Greta Thunberg

Greta Thunberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.