Bulan Oktober memang antara bulan yang dinanti ramai orang sebab Shopee mesti akan buat pesta shopping besar-besaran. Tahun ni pun sama, Shopee kembali lagi dengan festival tahunan yang confirm buat korang kosongkan cart yang dah penuh tu!
Dari 26 September hingga 13 Oktober 2025, Shopee 10.10 Festival Jenama tengah berlangsung dengan tawaran luar biasa, kejutan setiap jam dan pengalaman shopping online yang LAGI murah dan cepat. Apa yang menanti korang kali ni? Nak tahu, baca sampai habis!
Shopee Mall beri potongan 50% diskaun lagi murah
Shopee Mall memang jadi pilihan ramai untuk dapatkan barang original dari jenama-jenama terkemuka. Kali ini, Shopee Mall bagi potongan 50% diskaun lagi murah untuk pelbagai kategori termasuk fesyen, barang keperluan asas, barangan elektrik dan macam-macam lagi lah.
Bukan tu je, akan ada juga Shocking Sale dan Shopee Choice yang hanya fokus pada barang-barang Shopee Mall. Dengan baucar khas 50% diskaun yang korang boleh tebus, memang tak ada alasan untuk korang tak checkout barang dari Shopee Mall ni.
Penghantaran percuma TANPA perbelanjaan minimum sepanjang festival
Antara benda yang buat kita tak ada mood bila nak beli barang online, bila kena bayar shipping fee. Tapi jangan risau, sebab sepanjang festival ni, Shopee bagi peluang dekat korang untuk tebus Free Shipping tanpa perbelanjaan minimum.
Maksudnya, kalau korang beli barang harga RM5 pun korang boleh dapat penghantaran percuma. Nak beli barang besar pun tetap dapat free. Nikmat apa yang kita nak dustakan lagi?
Tak payah risau barang sampai lambat
Kalau korang macam admin yang tak suka nak tunggu lama-lama, jangan risau sebab dengan Shopee Lagi Cepat Guaranteed Next-Day Delivery, barang yang eligible boleh sampai seawal keesokan hari kalau checkout sebelum 12PM.
Cari je produk dengan tag “Lagi Cepat” dan korang boleh skip rasa bosan tunggu parcel berhari-hari. Bestnya! *Tertakluk terma & syarat.
Stack & Save dengan baucar tambahan
Shopee 10.10 Festival Jenama kali ni bukan je beri korang harga yang murah tapi Shopee juga berikan korang penjimatan yang berganda. Dengan Stack & Save, korang boleh gabungkan Shopee Vouchers dengan baucar kedai dan dapatkan penjimatan sehingga 40%.
Selain itu, terdapat juga RM10 Knockout Deals, 10.10 Deals sepanjang hari dengan potongan sehingga 50%. Tak cukup dengan itu, 12PM Beauty & Fashion Deals pula akan bagi korang diskaun sehingga 70%. Sambil tu, night owls boleh nikmati 12AM Mega Midnight Madness dengan baucar potongan 50% setiap 10 minit dan foodies pula boleh nikmati Buy 1 Free 1 E-Vouchers serendah 10 sen.
Jom checkout sekarang
Memang terbukti, Shopee 10.10 Festival Jenama kali ni memang “Lagi Murah, Lagi Cepat”. Mana taknya, korang dapat harga runtuh, penghantaran percuma dan barang pun sampai laju.
Jadi jangan ketinggalan, add to cart sekarang dan bersiap sedia untuk checkout sebelum peluang direbut oleh orang lain!
Untuk maklumat lanjut lawati laman web, Instagram dan Facebook Shopee.