syaz ft 2025 10 06T134409.574

Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortágua, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, mendedahkan bahawa sukarelawan Malaysia antara yang paling teruk menjadi mangsa serangan tentera Israel.

Menurut laporan Kosmo!, beliau yang turut ditahan oleh rejim Zionis dalam misi itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang sanggup mengorbankan nyawa demi perjuangan kemanusiaan.

Artikel berkaitan: Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar

Artikel berkaitan: “Mereka paksa saya buka tudung” –  Antara Aktivis Terawal Tiba Di Penjara, Zizi Kirana Dedah Tindakan Biadap Tentera Isr*el

@bintu_ftmh

Mariana juga merupakan menteri dlm ahli parlimen dan beliau berkata kita semua patut putuskan hubungan diplomatik antara Israel. Beliau juga mengatakan bahawa Greta sangat kuat orangnya dan berkemungkinan akan dibebaskan dengan segera. Live from Portugal @dshahblix #portugal #globalsumudflotilla #malaysia #world #freepalestine

♬ оригинальный звук – TEARZ 💔

“Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Konvoi yang disertai kira-kira 400 sukarelawan dari 44 buah negara itu menjadi titik tolak bagi dunia menyaksikan kekejaman Israel terhadap Palestin.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan aktivis terkenal, Greta Thunberg sebagai seorang yang sangat tabah dan berharap pembebasan ke atas wanita itu dapat disegerakan.

Seramai 23 orang rakyat Malaysia menyerati misi kemanusiaan ini, mereka terdiri daripada aktivis, selebriti dan juga pempengaruh.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Ardell Aryana dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan ekoran tekanan darah rendah selepas diseksa tentera Israel.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.