Peguam Dedah Sukarelawan Malaysia Ditarik Rambut, Dip*kul Di Muka & Diberi Makanan Haiwan

19 hours ago 8

Salah seorang peguam yang mewakili 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza mendedahkan ahli misi itu telah dipukul di bahagian muka, rambut ditarik dan diberikan ‘makanan haiwan’ ketika berada dalam tahanan Israel.

Fahmi Abd Moin berkata, perkara ini diketahui berdasarkan hasil perbualan secara kasual dengan sukarelawan terlibat di Istanbul, Turkiye.

Menurut BH Online, Fahmi juga berkata, pasukan peguam akan mengumpulkan semua maklumat terbabit sebelum mempertimbangkan untuk menghantar laporan lengkap kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

FAHMI ABDUL MOIN 780x470 1

Melalui perbualan secara kasual, mereka menyatakan diberi layanan buruk seperti rambut ditarik, dipukul di muka dan diberikan makanan yang kalau diikutkan maksudnya – makanan kepada binatang.

“Mereka juga minum air paip dari tandas penjara… semua kisah ini akan kami kumpulkan sejurus balik ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Kata Fahmi lagi, barisan peguam sudah dapat menemui semua sukarelawan terbabit, namun belum mendapatkan maklumat lengkap berhubung penahanan mereka.

Kemungkinan besar apabila pulang ke Malaysia nanti, kita akan jumpa mereka semua dan mengambil keterangan lanjut mengenai keadaan yang berlaku sepanjang penahanan itu.

“Adakah mereka diseksa dan apakah bentuk layanan pihak rejim Zionis… sekiranya ada apa-apa tindakan diambil pihak rejim itu, kita akan pertimbangkan untuk menghantar laporan lengkap kepada UNHRC.

“Ia bagi memastikan rejim Zionis tidak terlepas daripada tindakan akibat layanan mereka kepada sukarelawan kita,” katanya.

Selain Fahmi, empat lagi peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia yang mewakili 23 sukarelawan Malaysia ialah Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.

hm3jodans 1759660753

Artikel berkaitan: 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin

Artikel berkaitan: “Kami letih tapi fikiran masih di Gaza” – Aktivis Global Sumud Flotilla Dari Itali Dilaporkan Selamat Tiba Di Rom

PU Rahmat dipaksa membuka pakaian

Dalam satu laporan lain, Fahmi juga mendedahkan selain pempengaruh Ardell Aryana yang dilaporkan menerima kekerasan seperti ditarik rambut dengan kasar dan ditumbuk di bahagian muka, sukarelawan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat) juga dipaksa membuka pakaian dengan tujuan untuk memalukan.

bhdelrahmat 1759670409

Apa yang baharu saya dapat sedikit sebanyak maklumat sukarelawan GSF sebentar tadi antara perkara yang tidak berperikemanusiaan lain termasuk ada dua, tiga sukarelawan lelaki seperti PU Rahmat diarahkan membuka pakaian.

“Heliza dan Hazwani pula diberikan minuman air paip dari tandas. Dalam penjara, airnya tidak bersih,” katanya.

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Israel pada Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Sumber: Berita Harian, Threads

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |