Aktivis politik konservatif Amerika Syarikat (AS) dan juga sekutu rapat Donald Trump, Charlie Kirk disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah, menerusi satu pengumuman yang dibuat Presiden AS semalam.
Menurut Astro AWANI, Trump yang menulis di platform Truth Social memberitahu,
Seorang tokoh hebat, malah legenda, Charlie Kirk, telah tiada.”
“Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat dengan hati generasi muda di Amerika Syarikat selain Charlie. Beliau disayangi dan dikagumi semua orang, termasuk saya.”
“Kini, beliau tidak lagi bersama kita. Saya dan Melania merakamkan ucapan takziah kepada isterinya, Erika, serta seluruh keluarga. Charlie, kami menyayangimu,” katanya.
Menerusi beberapa video yang tular, Kirk dilihat telah ditembak di leher di hadapan khalayak ramai ketika menghadiri sebuah acara di Utah Valley University, pada Rabu.
Polis kampus memaklumkan, insiden itu berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari ketika Kirk berucap di bawah khemah acara yang dipenuhi pelajar.
Sejurus bunyi tembakan kedengaran, suasana panik tercetus dan orang ramai menjerit serta berlari untuk menyelamatkan diri sendiri.
Kirk yang terkena tembakan segera dibawa keluar oleh pasukan keselamatan dan dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat diselamatkan.
Artikel berkaitan: 6 Sekeluarga Berdepan Detik Cemas, Rumah Ketua Kampung Ditembak Lelaki Bertopeng
Artikel berkaitan: “Ini keputusan Netanyanhu, bukan saya” – Donald Trump Nafi Terlibat Dalam Serangan Di Qatar
Benjamin Netanyahu ucap takziah
Selain Trump, sekutunya juga, Benjamin Netanyahu dilihat menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Kirk dan menyifatkan ahli politik itu dibunuh kerana bercakap mengenai ‘kebenaran’ dan ‘mempertahankan kebebasan’.
Kita kehilangan manusia yang hebat. Kebanggaannya terhadap Amerika dan kepercayaannya terhadap kebebasan bersuara akan sentiasa diingati,” tulis Netanyahu.
Kenali Charlie Kirk
Bagi yang tidak kenal dengan individu ini, Charlie Kirk, 31 merupakan pengasas bersama organisasi belia konservatif Turning Point USA.
Turning Point USA yang ditubuhkan Kirk pada 2012 di Chicago dikenali sebagai platform politik yang memberi tumpuan kepada belia, khususnya di kampus universiti, bagi mengangkat agenda konservatif termasuk cukai rendah dan kerajaan kecil.
Kirk juga berjaya membina pengaruh besar dalam kalangan anak muda Republikan melalui gaya retorik yang lantang dan sering tampil dalam program televisyen di Amerika.
Tidak lama dulu juga, tular sebuah video memaparkan Kirk mempertikaikan kenyataan seorang lelaki yang bertanyakan soalan kepadanya berkenaan isu Palestin.
@unfilteredhub7Charlie Kirk on Palestine 🤔#charliekirk #college #debate #palestine #christianity #america
♬ original sound – UnfilteredHub
Kirk menjawab yang negara Palestin tidak wujud dan tempat bernama Palestin juga tidak pernah wujud di dunia ini.
Sumber: Astro AWANI