Latihan Pestapora Malaysia Satukan Millennial & Gen Z Dengan ‘Line-Up’ Gempak Dari S07 Sampai Ke Nadin Amizah!

6 hours ago 5

Bayangkan Sheila On 7, Hindia dan Nadin Amizah di satu pentas yang sama. Dua generasi muzik yang biasanya tak bertembung tapi kali ni akan berkongsi crowd, emosi dan momen istimewa dalam Latihan Pestapora Malaysia, yang akan berlangsung 26 Julai 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SnapInsta.to 491495392 17852529105430101 6547724521914352660 n.jpg

Untuk ramai Millennial, ini adalah reunion besar-besaran dengan memori lama. Untuk Gen Z pula, ini pentas di mana suara dan lirik yang kena dengan jiwa dorang dapat diraikan secara live. Ini bukan sekadar festival, tapi sambutan budaya, jiwa dan muzik Nusantara.

Sheila On 7 main 90 minit memang puas habis!

9da2e43a fe22 4ebc 9d8a fd6b266a46b9

Tak payah cerita panjang, kalau korang lahir tahun hujung 80-an sampai awal 90-an, mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu Sheila On 7 yang pernah jadi lagu hidup korang. Daripada Sephia hingga Melompat Lebih Tinggi setiap lagu ada kenangan tersendiri.

Sheila On 7 ni ibarat ‘abang besar’ dalam dunia muzik Indonesia. Dah lebih dua dekad bertahan, tak banyak band yang boleh buat macam tu. Bila mereka diumumkan sebagai sebahagian dari line-up Latihan Pestapora Malaysia, ramai yang tak tunggu lama, terus beli tiket dan ajak geng sekolah.

Lagi best, ini kali pertama dorang akan perform secara rasmi atas pentas besar di Malaysia lepas sekian lama dan korang boleh layan semua lagu-lagu dorang sampai puas sebab dorang akan perform selama 90 minit.

Hindia & Nadin Amizah: Suara baru yang mewakili Gen Z

Untuk generasi lebih muda yang tengah lalui fasa hidup penuh cabaran, nama Hindia dan Nadin Amizah memang tak asing lagi. Dua-dua ni bukan saja popular, tapi lirik mereka banyak menyentuh isu jiwa dan identiti yang dekat sangat dengan hati anak muda hari ni.

Jadwal Konser Hindia 1068x675 1

Hindia dikenali dengan lagu-lagu seperti Secukupnya, Rumah ke Rumah, dan Evaluasi yang penuh makna. Persembahan dia biasanya tak bising, tapi sarat dengan mesej yang sesuai sangat untuk mereka orang yang suka lirik-lirik deep.

12 September2

Nadin Amizah pula macam puisi bergerak. Suara lembutnya, gaya persembahannya yang penuh rasa dan lirik yang jujur. Bila dia perform nanti, jangan terkejut kalau ada yang nangis senyap-senyap sambil pegang tangan kawan.

Latihan Pestapora Malaysia: Dua vibe, satu crowd

Pestapora 20220926154859

Apa yang buat Latihan Pestapora berbeza daripada festival lain ialah keberaniannya menghimpunkan nama-nama besar dari dua era muzik yang berbeza. Dari Sheila On 7 yang mewakili zaman kaset dan radio, ke Hindia dan Nadin Amizah yang dekat dengan generasi digital semuanya berkongsi pentas yang sama.

Dekat stadium nanti, korang akan nampak peminat lama dan baru duduk dalam satu crowd. masing-masing datang kerana minat terhadap lagu kesukaan sendiri, tapi semua dihimpunkan oleh satu benda yang sama: nak rasa sendiri pengalaman muzik live yang betul-betul dekat dengan jiwa.

Tapi jangan salah faham, line-up lain pun bukan calang-calang

Phase 2 Lineup v2 01

Selain Sheila On 7, Hindia dan Nadin Amizah, Latihan Pestapora turut jadi pentas untuk ramai lagi artis hebat dari rantau ni. Dari Indonesia, ada nama-nama besar macam Pamungkas, Hindia, .Feast, dan kolaborasi eksklusif antara Barasuara dengan Efek Rumah Kaca yang first time akan perform sama di Malaysia.

Untuk vibes yang lebih ringan dan fun, ada Feel Koplo akan main selama 45 minit dengan Ari Lesmana dan Sintya Marisca. Dari Malaysia pula, nama-nama seperti Dolla, Bunkface, SonaOne, Yonnyboii dan Salammusik akan bawa warna tempatan yang tak kurang hebat. Brunei pun tak ketinggalan dengan kemunculan Aziz Harun.

Senang cerita, hari tu memang all-out semua genre, semua vibe, semua emosi dalam satu hari.

Bukan sekadar konsert, tapi pengalaman penuh

Disebabkan sambutan yang luar biasa, penganjur tukar lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Ruang lebih besar, fasiliti lengkap dan paling penting boleh tampung lebih ramai peminat.

Selain itu, festival ni bukan ada pentas muzik je tau, tapi ada zon interaktif lain macam:

  • Zon seni & visual
  • Booth makanan dan merchandise
  • Ruang chill untuk lepak antara persembahan

Jadual penuh dah keluar — jangan lupa plan!

Bagi korang yang nak plan hari tu betul-betul, jadual penuh set persembahan pun dah keluar untuk ketiga-tiga pentas iaitu HITMAN Arena, BOSS Arena dan Hingar Bingar. Festival akan bermula seawal 1.30 petang dan berakhir sekitar tengah malam, dengan artis-artis utama seperti Sheila On 7, Hindia, Pamungkas, Dolla, Nadin Amizah, Yonnyboii, dan ramai lagi akan perform ikut slot masing-masing. Dengan dua pentas utama dan satu pentas kedua, korang memang kena pandai susun masa supaya tak terlepas mana-mana show yang korang tunggu. 

Tiket masih available tapi jangan tunggu lama

Tiket Early Bird dan Fasa 1 dah pun habis dijual! Sekarang tinggal Fasa 2, dan permintaan masih tinggi, jadi kalau korang belum beli, inilah masanya.

Berikut senarai kategori tiket yang masih boleh dibeli melalui Latihan Pestapora Malaysia:

General Admission
Harga semasa: RM249
Tambahan untuk Express Lane: RM100

Rockzone
Harga semasa: RM299
Tambahan untuk Express Lane: RM100

Tempat Duduk
CAT 1 (Blok 113–116): RM399
CAT 2 (Blok 110–112, 117–119): RM189

Jangan tunggu saat akhir, nikmati hari penuh muzik, vibes dan pengalaman yang lain daripada yang lain di Latihan Pestapora Malaysia!

📅 Tarikh: 26 Julai 2025
🕒 Masa mula: 1 petang
📍 Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut tentang festival ini, korang boleh layari laman rasmi atau follow akaun media sosial mereka di:

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |