Kalau korang tengah tunggu acara kecergasan yang mencabar dan bukan setakat larian santai atau acara senaman biasa, REDLINE Fitness Games memang patut masuk dalam wishlist korang!
Selepas melakukan debut yang berjaya pada tahun 2023, acara ini secara rasminya kembali lagi pada 26 dan 27 Julai 2025, dan akan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).
Kali ini, REDLINE kembali dengan format yang lebih segar, cabaran tambahan dan susunan acara yang direka khas untuk semua tahap kecergasan. Jadi tak kisahlah sama ada korang baru nak berjinak-jinak dengan acara seperti ini atau korang memang dah power. Edisi tahun ni memang sediakan semua untuk korang. Nak tahu apa acara yang disediakan? Baca dekat bawah ni:
12 stesen senaman yang mencabar
Apa yang membuatkan REDLINE Fitness Games unik adalah ia bukan sekadar larian pantas atau acara angkat berat biasa. Tapi, ia merupakan satu perlumbaan yang dibina atas 12 stesen senaman yang setiap satunya direka untuk menguji kekuatan, ketahanan, pergerakan dan mental korang secara menyeluruh.
Korang perlu selesaikan semua stesen mengikut urutan yang ditetapkan dan cuba untuk habiskan semua cabaran dalam masa terpantas.
Antara cabaran yang korang akan tempuhi termasuklah:
-
Larian 500m – mula dengan sprint pendek (naik dari 400m sebelum ni)
-
SkiErg – tarik mesin ski untuk aktifkan upper body dan cardio
-
Dead Ball Burpees – baling bola berat ke depan dan lompat burpee ke arah bola
-
BikeErg – test stamina kayuhan atas basikal statik
-
Farmer’s Carry – jalan sambil pegang kettlebell kiri kanan
-
Shuttle Runs (BARU) – lari ulang-alik 20m dengan sentuhan kaki dan tangan pada garisan
-
Russian Twists (BARU) – duduk, pegang wall ball dan pusing badan kiri kanan sambil kaki terapung
-
Sandbag Gauntlet – squat dan lunge sambil pikul sandbag
-
RowErg – dayung sampai cukup target kalori
-
Squat Thrusts (BARU) – macam burpee, tapi perlu lompat lepas line yang ditanda
-
The Mule – larian shuttle sambil pikul sandbag yang makin berat
-
Sled Push & Pull – tolak dan tarik sled berat sepanjang trek ke garisan penamat
Kesemua stesen ini akan menguji bahagian badan yang berbeza menjadikan perlumbaan ni sangat sengit!
Bukan hanya untuk atlet, semua boleh join!
Apa yang menarik tentang REDLINE adalah, acara ini terbuka untuk semua orang tau! Sesiapa saja yang berumur 16 tahun ke atas boleh sertai acara ini dan format perlumbaan pula dibina mengikut kemampuan masing masing.
Terdapat tiga pilihan kategori:
-
Singles (Lelaki & Perempuan)
-
Tahap 1: Beginner
-
-
-
Tahap 2: Intermediate
-
-
-
Tahap 3: Advanced
-
-
Doubles (Lelaki, Perempuan, atau Campuran)
-
Team Relay (Lelaki, Perempuan, atau Campuran)
Jadi, korang boleh decide sama ada nak buat sorang, berdua dengan kawan workout atau bawa satu team.
Banyak hadiah menarik untuk dimenangi!
Selain daripada cabaran fizikal dan pengalaman yang memang korang tak boleh lupakan, pemenang juga berpeluang untuk bawa pulang hadiah wang tunai dan barangan eksklusif. Nak tahu boleh menang apa? Tengok kat bawah ni:
Selain itu, setiap peserta yang mendaftar juga akan terus dapat:
-
T-shirt rasmi acara
-
Pingat penamat
-
Keputusan lengkap dengan split timing
-
Akses ke kemudahan bantuan sepanjang laluan
-
Akses ke REDLINE Arena dengan food stalls dan booth pameran
Tiket hampir habis, daftar sekarang!!!
Kalau korang nak tahu, Super Early Bird, Early Bird dan Regular Tickets dah pun habis terjual tau! Sekarang yang tinggal hanya Late Ticket dan itu pun sangat terhad.
Jadi, kalau korang memang nak sangat join REDLINE tahun ni, cepat-cepat daftar dekat sini sebelum semua SOLD OUT!
Tapi kalau korang belum ready nak join tapi nak tengok sebagai penonton pun boleh! Masuk adalah percuma, tapi make sure korang daftar dalam talian dulu.
Tunggu apa lagi? Tandakan kalendar dan ajak kawan-kawan korang untuk daftar di sini dan mulakan latihan sekarang!
Follow REDLINE di Facebook & Instagram untuk dapatkan maklumat lanjut dan update acara.