Kematian enam sekeluarga dalam tragedi di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini memang menyentap hati ramai pihak.
Malah ramai yang berasa sebak selepas tular satu video memaparkan pasangan suami isteri yang merupakan mangsa dalam kejadian tersebut didakwa peniaga roti canai di sebuah medan selera di Kedah.
Dalam video yang dikongsikan Penang Kini, dipaparkan Nurul Hidayah Khadijah Razman Effendi, 31 dan suaminya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, berniaga di Nurulzim Roti Canai.
Artikel berkaitan: 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini
Artikel berkaitan: “Malam tu mereka kata mengantuk, saya suruh tidur dulu” – Adik 6 Beranak Terkorban Di Sungai Korok
Gerai yang terletak di medan selera Hospital Alor Setar itu menjual pelbagai jenis roti canai, tosai dan capati buat pelanggan mereka.
Kami sudah lama berniaga roti canai. Kami pun pindah randah banyak tempat dah.
“Sekarang ini kami meniaga di medan hospital Alor Setar lama, sebelah sungai. Gerai kami bukan sekadar roti canai je lah. Kami jual macam-macam. Tosai, capati, banggali pun ada,” katanya.
Menurut pasangan ini lagi, mereka membuat doh dan menguli roti canai tersebut sendiri. Roti canai itu juga dijual dengan harga berpatutan sebanyak RM1.20 sekeping.
Orang berniaga ini ada dua jenis. Satu, memang khusus nak kayalah. Satu lagi, cuma nak sambung kehidupan.
“Kami yang kedualah. Janji dapat teruskan kehidupan,” kata Nurul Hidayah lagi.
“Sedihnya bila arwah sebut bisnes untuk sambung kehidupan”
Video berkenaan ternyata mengundang sebak di hati netizen, yang mana rata-rata menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Sayu hati min bila tengok video ni… Al Fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa.
Sumber: Sinar Harian, Facebook