“Kes paling sayu & tragis” – Ahli Bomba Kongsi Detik Pilu Ketika Angkat Jasad Korban 6 Beranak Di Sungai Korok

6 hours ago 7

Semalam, kita dikejutkan dengan berita menyayat hati melibatkan sebuah keluarga enam beranak ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, semua mangsa ditemukan di bahagian belakang kiri kenderaan, dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Kenderaan jenis Proton Iswara itu terpaksa dipecahkan cerminnya dan bumbung dipotong bagi membolehkan mangsa dikeluarkan.

Artikel berkaitan: “Meniaga untuk teruskan kehidupan” – Netizen Sebak Lihat Video Mangsa Tragedi Sg Korok, Rupanya Peniaga Roti Canai

Artikel berkaitan: 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini

Identiti mereka disahkan sebagai Mohamad Azim Izat Ishak, 32; isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi 31; dan empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7 dan Tuah Haydar, enam bulan.

Id obj62027340 1751937447

Kes paling sayu & tragis

Seorang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohammad Hasri Haslan, 31, mengatakan insiden ini merupakan kes paling sayu dan tragis pernah dia hadapi sepanjang bertugas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

“Paling sedih dan tersentuh hati ketika saya dan rakan seperjuangan mengangkat jasad bayi enam bulan dan tiga kanak-kanak.”

Bercerita lanjut, ketika operasi itu, Mohamad Hasri duduk di atas Proton Iswara yang sedang diangkat naik ke tebing. Dia berasa sebak apabila melihat satu demi satu jasad mangsa dibawa keluar dari kereta berkenaan.

Katanya, jasad pertama dikeluarkan adalah kanak-kanak perempuan, disusuli bayi lelaki berusia enam bulan dan diikuti kanak-kanak lelaki.

“Jasad keempat ialah kanak-kanak perempuan, disusuli ibu mereka manakala jasad bapa kanak-kanak berkenaan yang terakhir dikeluarkan.

“Saya pun ada anak, bila tengok keadaan itu memang saya sedih, lebih-lebih lagi bayi itu , memang sedih,” katanya.

Mohamad Hasri mengakui, kesedihan dialami dalam operasi itu sukar digambarkan sepanjang pengalamannya sebagai anggota PPDA mengeluarkan mayat dalam air.

“Sungai Korok ini dalam, kira-kira enam meter,” katanya.

Difahamkan, semua jenazah telah dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang di Jerlun kira-kira jam 11.50 malam tadi.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |