Duta Besar Indonesia Nafi Malaysia Buat Tuntutan Rasmi Tradisi Pacu Jalur, Mohon Rakyatnya Bijak Menilai

9 hours ago 11

Baru-baru ini, isu sensitif melibatkan budaya serumpun kembali hangat apabila media Indonesia mendakwa Malaysia ‘claim’ tradisi perlumbaaan perahu Pacu Jalur.

Dakwaan itu telah menjadi bualan hangat sehingga gabenor Kerajaan Indonesia dan beberapa tokoh lain turut campur tangan.

Isu ini mula tercetus selepas seorang budak lelaki menjadi fenomena di media sosial apabila netizen dari pelbagai negara meniru tarian yang dilakukannya ketika di atas bot panjang sewaktu Festival Pacu Jalur berlangsung.

@greenscreens4memes

@CreatorSet #indonesianboatracing #aura #aurafarming #pacujalur #indonesia

♬ Young Black & Rich – Melly Mike

Sekadar info, sukan Pacu Jalur ialah perlumbaan perahu panjang tradisional yang cukup popular di Rantau Kuantan, Riau, Indonesia. Acara ini bukan sekadar perlumbaan biasa, ia membawa nilai budaya yang kaya dan sering dikaitkan dengan acara perayaan besar seperti Hari Kemerdekaan Indonesia.

Artikel berkaitan: Penyanyi Indonesia ‘Claim’ Lagu Lemak Manis, Roslan Madun Mahu Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: Netizen Indonesia Kurang Senang Lepas Warga Malaysia Dakwa Rendang Berasal Dari Malaysia

Namun, segelintir netizen Indonesia mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab apabila mendapati mereka yang membuat dakwaan terbabit bukanlah dari rakyat Malaysia, sebaliknya adalah akaun yang dicipta di Indonesia sendiri.

Duta Besar Indonesia nafi Malaysia buat tuntutan rasmi

Sementara itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membuat tuntutan rasmi terhadap tradisi Pacu Jalur itu.

“Apa yang tular mungkin hanyalah dakwaan tidak rasmi yang disebarkan oleh netizen, atau tuduhan tidak berasas bahawa Malaysia mendakwa ia milik mereka. Namun secara rasmi, tiada tuntutan bahawa Pacu Jalur adalah milik Malaysia,” katanya.

pacu jalur

Hermono menyatakan, persamaan budaya antara dua negara ini sepatutnya tidak menjadi punca pertikaian memandangkan sejarah migrasi rakyat Indonesia ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan Malaysia turut membawa bersama warisan budaya mereka.

Beliau turut menjelaskan mengenai kewujudan nama tempat yang hampir sama di kedua-dua negara, seperti Sungai Kuantan di Riau dan Kuantan di Pahang, Malaysia, sekali gus menambah kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Setahu saya, Pacu Jalur dianjurkan di Sungai Kuantan, Riau, manakala di Malaysia pula terdapat Bandar Kuantan dan Sungai Kuantan di Pahang. Maka, memang ada persamaan nama. Namun, setakat ini tiada bukti bahawa kerajaan Malaysia mengisytiharkan tradisi itu sebagai warisan budaya negara,” tegasnya.

Justeru, beliau menasihati rakyat Indonesia agar bijak menilai dan tidak mudah terhasut dengan berita tular yang tidak jelas sumbernya kerana perkara itu hanya mencetuskan ketegangan dua negara.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |