Ft Ular Sawa

Seorang lelaki dari China dijatuhi hukuman penjara kerana membiakkan ratusan ular sawa secara haram di kediamannya.

Kes tersebut didedahkan oleh media kerajaaan China, agensi CCTV yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai ancaman hidupan liar yang dilindungi.

Artikel berkaitan: Budak 10 Tahun Dis*rang Ular, Bapa Saudara Ambil Masa 30 Minit Buka Mulut Ular Sawa Guna Lembing & Parang

Artikel berkaitan: Jari Telunjuk Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Digigit Ular Sawa Ketika Tidur

Siasatan itu bermula pada Mac 2024 selepas seorang warga emas di Taizhou, wilayah Zhejiang, menemui seekor ular sawa besar di kaki gunung dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Polis menyesaki bahawa ular tersebut terlepas daripada kawasan pembiakan kerana spesies sebegitu bukanlah habitat asal di kawasan berkenaan.

3974436

Jadi, hasil siasatan lanjut berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Guo, susulan dengan penggunaan elektrik yang tinggi di kediamannya.

Menurut sumber, ini kerana pembiak harus mengekalkan suhu sesuai bagi reptilia tersebut iaitu antara suhu 20 hingga 30 darjah Celsius.

Pemerhatian lanjut mendapati bahawa seorang rakan yang dikenali sebagai Di, selalu menghantar makanan berupa tikus putih yang dibeli secara atas talian untuk ular-ular jagaan Guo.

Semasa serbuan, polis sendiri terkejut setelah menemui ratusan kotak plastik yang disusun di dalam apartment Guo, dengan setiap satu diisi sengan seekor ular sawa.

Screenshot 2026 06 25 122503

Dilaporkan sebanyak 309 ekor ular sawa dirampas dari kediaman itu dan dipindahkan ke zoo tempatan. Malah, secara keseluruhan, kes tersebut melibatkan 436 ekor sawa bernilai lebih 30 juta yuan (sekitar RM18.3juta).

Sebagai info, ular sawa merupakan haiwan dilindungi di China dan sebarang aktiviti pembelian, penjualan, pembiakan atau pengangkutannya memerlukan kebenaran rasmi.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.