“Boleh berharap aku jatuh, tetapi jangan pernah berharap aku menyerah” – Aisar Khaled

4 hours ago 7

Pempengaruh Aisar Khaled, 26, tampil meluahkan perasaan mengenai perkara yang sedang dihadapinya apabila mendakwa terdapat pihak yang tidak menyenangi dirinya sehingga mahu melihatnya jatuh.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Aisar berkata, dia tetap akan kuat dan tidak mudah menyerah walaupun berdepan situasi yang getir.

Artikel berkaitan : Aisar Khaled Berdepan Laporan Polis Indonesia Atas Dakwaan Penipuan RM1.3 Juta?

Artikel berkaitan : “Saya burn out”- Aisar Khaled Mohon Maaf, Perjelas Dakwaan Tidak Beradab Dalam Pesawat

Terluka bukan bererti kalah – Aisar Khaled

Screenshot 2026 09 17 115819

Hantaran tersebut turut menerima pelbagai respons daripada netizen, malah rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Aisar selain menghargai usaha bantuan yang dilakukannya buat rakyat Indonesia.

Dalam luahannya, Aisar berkata dia sedar bukan semua orang menyukai dirinya dan terdapat individu yang hadir di hadapannya dengan senyuman, namun didakwa mempunyai niat berbeza di belakangnya.

“Banyak orang ingin melihat aku jatuh. Mereka menunggu saat aku lemah, berharap aku gagal, bahkan mungkin merasa bahagia ketika melihat aku terluka. Ada yang datang membawa senyum, tetapi dibelakangku mereka menjatuhkan.

“Ada yang mengaku teman, tetapi diam-diam menjadi orang yang paling ingin melihatmu hancur. Aku tahu tidak semua orang menyukaiku, dan aku juga tidak memaksa semua orang untuk memahami perjuanganku,” tulisnya pada hantaran itu.

Bagaimanapun, Aisar tidak menganggap segala kekecewaan dan perkara yang berlaku sebagai alasan untuk dia berhenti meneruskan apa yang telah dilakukannya selama ini.

Katanya, terluka bukan bermaksud dirinya sudah kalah dan dia akan sentiasa mencari jalan untuk bangkit semula.

Screenshot 2026 09 17 115851

“Terluka bukan bererti kalah. Aku mungkin dipatahkan, tetapi aku akan selalu mencari cara untuk bangkit kembali, ketika suatu hari aku berhasil berdiri lebih kuat dari sebelumnya, aku tidak akan sibuk membalas siapa pun.”

Malah, Aisar turut memberikan penegasan bahawa dirinya tidak akan mudah mengalah walaupun terdapat pihak yang mahu melihatnya jatuh.

“Kalian boleh berharap aku jatuh, tetapi jangan pernah berharap aku menyerah.”

“Ribuan orang membenciku, tetapi aku percaya jutaan manusia di Indonesia senang dengan kehadiran diriku.

“Aku seorang anak dari negara Malaysia ingin berkongsi kebahagiaan di Indonesia. Bismillah aku kuat,” katanya.

Sebelum ini, tular berita mengenai Aisar yang telah dilaporkan kepada pihak polis di negara seberang. Laporan tersebut dibuat atas dakwaan berkaitan penipuan dan pengubahan wang dengan nilai sekitar 5.7 bilion rupiah, bersamaan kira-kira RM1.3 juta.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh sebuah agensi yang pernah menjadi rakan kerjanya di Indonesia menerusi wakil peguam, Machi Achmad. Machi mendakwa pihaknya sudah tiga kali menghantar notis tuntutan kepada Aisar, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto, memaklumkan bahawa isu tersebut berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat yang diwakili pihaknya.

Menurutnya, perjanjian antara kedua-dua pihak menetapkan bahawa Aisar perlu melaksanakan beberapa tugasan. Bagaimanapun, pihak agensi mendakwa pempengaruh popular tersebut gagal menyelesaikan kewajipan yang telah dipersetujui dalam perjanjian berkenaan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |