Majlis Hari Jadi Anak Bongsu Meriah, Tapi Netizen Tanya Mana Abby Abadi?

5 hours ago 8

Ucapan daripada insan tersayang merupakan sesuatu yang paling dinantikan ketika hari jadi. Namun, perkongsian berkenaan majlis ulang tahun kelahiran ke-18 anak bongsu pelakon Abby Abadi baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam kalangan warga maya.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, majlis sambutan berkenaan dilihat berlangsung meriah dengan hiasan belon, kek, serta sejambak bunga gubahan khas yang cukup mewah. Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsi adalah ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan dan meraikan hari bahagia tersebut.

Artikel berkaitan: Tak Rancang Tapi Baju Sama! Momen Mesra Abby Abadi & Marissa Dania Curi Tumpuan

Artikel berkaitan: Dari Anggota Elite Ke Heroin Gerak Khas, Karier Abby Abadi Dalam Industri Hiburan Bukan Biasa-biasa!

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kelibat Abby Abadi yang didakwa langsung tidak kelihatan sepanjang majlis berlangsung.

Cats 7

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen turut mendakwa pelakon berkenaan tidak menitipkan sebarang ucapan ulang tahun kelahiran di platform media sosial miliknya buat anak bongsunya itu.

Perkara ini terus membuatkan ruangan replies riuh dengan pelbagai spekulasi berkenaan status hubungan keluarga mereka. Ada sesetengah netizen yang mula menyelar tindakan pihak luar yang gemar menjaga tepi kain orang lain.

Cats 8

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan lanjut yang dikeluarkan oleh pihak Abby Abadi mahupun ahli keluarga yang lain berhubung isu ketidakhadiran berkenaan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |