Ft Aisha

Penyanyi Aisha Retno tidak melatah terhadap kecaman yang melibatkan dirinya susulan dengan tindakannya yang mengubah lirik lagu daripada kumpulan asal Indonesia No Na yang berjudul Rollerblade.

Kata penyanyi berusia 24 tahun itu, perkara tersebut sudah ditangani secara profesional menerusi perbincangan bersama pasukan pengurusan dan penasihat undang-undangnya.

Artikel berkaitan: Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan

Artikel berkaitan: Gara-gara Sebut ‘Batik From Malaysia’, Aisha Retno Diserang Netizen Indonesia

“Tak ada komen, sebab bagi saya, perkara ini sudah dibincangkan secara dalaman bersama pasukan perundangan dan semua pihak terlibat. Jadi, kita duduk diam dan santai sahaja.”

Aisha menjelaskan bahawa dirinya tahu mana yang benar dan mana yang salah memandangkan dirinya pernah terpalit dengan isu batik sebelum ini.

“Biarkan orang berkata-kata sebab saya dah biasa. Isu batik dulu pun saya pernah lalui, jadi saya tahu mana yang benar dan mana yang salah. Kalau saya salah, saya dah lama buat video klarifikasi.”

“Kalau saya buat silap yang tak dipersetujui oleh pihak produksi atau pengarah kreatif, sudah tentu perkara itu sudah ditegur sejak sesi latihan lagi.”

“Setakat ini tiada sebarang isu dan saya percaya kepada pasukan dalaman, sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia.”

“Jadi saya tak perlu risau. Biarlah netizen terus bercakap. Yang penting saya tenang. Kebenaran akan terserlah juga nanti.”

Screenshot 2026 06 29 184019

Aisha yang mempunyai darah kacukan Indonesia bagaimanapun tidak berkecil hati dengan serangan netizen dari negara itu.

Penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu sebaliknya melihat perkara tersebut dari sudut positif dan mengagumi semangat patriotik rakyat Indonesia terhadap aset budaya mereka.

Aisha sebelum ini dikecam selepas mengubah lirik lagu Rollerblade semasa persembahan Anggrek dalam program Talk To My Manager musim kedua.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.