Piranha Perut Merah Empangan Klau

Jabatan Perikanan Pahang kini sedang menyiasat berhubung dakwaan penemuan ikan pemangsa invasif, piranha perut merah atau Pygocentrus nattereri di Empangan Klau, Raub.

Menurut Pengarahnya, Roslan Abu Hasan, siasatan itu dibuat selepas seorang pemancing mendakwa berjaya mendaratkan ikan berkenaan sebelum penemuan tersebut dikongsikan di media sosial.

Katanya, pihaknya akan turun ke lokasi pada hari ini bagi mengumpul maklumat lanjut dan mengesahkan sama ada ikan yang ditemukan itu benar-benar spesies piranha yang dilarang di Malaysia.

“Dakwaan ini mungkin betul atau mungkin ia tidak tepat, tetapi kita akan buat siasatan mengenai perkara ini esok.

“Saya sudah gerakkan anggota ke sana (Empangan Klau) bagi mengumpul maklumat lanjut serta mengesahkan penemuan ikan larangan di negara ini,” katanya.

Screenshot 2026 09 14 095353

Artikel berkaitan: “Rare!” – Lepas 15 Tahun ‘Hilang’, Ikan Kanai Tiba-Tiba Muncul Di Pulau Pinang

Artikel berkaitan: Jabatan Perikanan Kecewa Spesies Ikan ‘Alien’ Dilepaskan Dalam Tasik Shah Alam, Ini Penjelasan MBSA

Terdahulu, tular hantaran di media sosial yang menggesa orang awam supaya berwaspada susulan dakwaan seorang pemancing tempatan menemukan spesimen ikan pemangsa berkenaan di kawasan empangan terbabit.

Untuk rekod, piranha dan pacu termasuk piranha perut merah serta pacu perut merah yang biasanya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan merupakan spesies yang dikawal atau dilarang di Malaysia kerana boleh memberi kesan sebagai spesies invasif.

Pemilikan, pengimportan atau penjualan spesies berkenaan juga tertakluk kepada peraturan dan kelulusan Jabatan Perikanan.

Jika benar spesies berkenaan sudah berada di Empangan Klau, kehadirannya dikhuatiri boleh memberi kesan kepada ekosistem air tawar di kawasan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.