Tular Video Atlet Terc*rit, HYROX Keluarkan Kenyataan Akan ‘Banned’ Individu Yang Melampaui Batas

14 hours ago 12

Pihak penganjur kejohanan kecergasan antarabangsa, HYROX, tampil mengeluarkannya kenyataan rasmi susulan tindakan segelintir netizen yang melemparkan celaan, serangan siber, dan ugutan terhadap seorang pesertanya.

Isu berkenaan mula tular di media sosial baru-baru ini selepas timbulnya dakwaan insiden yang melibatkan seorang atlet yang mengalami masalah penghadaman hingga “tercirit” sewaktu berada di trek pertandingan.

Artikel berkaitan: “Saya tak perlu manusia label siapa saya” – Isu Berpenampilan Seksi Di HYROX, Isteri Dr Say Bersuara

Artikel berkaitan: ”Macam pendekar” – Orang Ramai Teruja Tengok Lelaki Ini Berpakaian Tradisional Ketika Cabaran Hyrox Asia Di Hong Kong

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak penganjur mengakui insiden tersebut telah mencetuskan pelbagai persoalan, rasa kurang senang, serta perbincangan hangat dalam kalangan komuniti HYROX.

“Kami menyedari bahawa perkara ini boleh menimbulkan rasa kecewa, persoalan, dan pandangan yang keras daripada komuniti kami.

Kebimbangan tersebut adalah wajar dan sebagai penganjur, kami bersedia untuk mendengar, menilai apa yang berlaku, dan bertanggungjawab untuk terus membuat penambahbaikan,” jelas penganjur.

Walau bagaimanapun, pihak HYROX menegaskan bahawa ada batas yang tidak sepatutnya dilampaui oleh mana-mana pihak, terutamanya apabila rasa kecewa itu mula dihala secara personal kepada atlet.

Banned Kekal Buat Yang Buat Ugutan Fizikal & Harassment

Penganjur menegaskan bahawa para atlet telah bertungkus-lumus untuk bersaing pada tahap tertinggi. Justeru, tiada kompromi diberikan terhadap sebarang bentuk keganasan atau ugutan.

“Tiada tempat dalam komuniti kami untuk sebarang ugutan fizikal atau desakan untuk mencederakan seseorang atlet.

Seperti mana yang berlaku hujung minggu ini, kami mahu bertegas bahawa mana-mana individu yang didapati terlibat dengan tingkah laku ini; sama ada melalui ruang komen, mesej peribadi (DM), atau media sosial akan dikenakan tindakan banned secara kekal daripada semua acara HYROX,” tegas penganjur.

Pihak HYROX kini sedang giat meneliti dan mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan siber berkenaan sebelum tindakan tatatertib selanjutnya diambil.

Di akhir kenyataan, penganjur menegaskan komitmen mereka untuk terus meletakkan kebajikan, keselamatan, dan maruah para atlet sebagai keutamaan paling tinggi dalam setiap penganjuran acara pada masa akan datang.

Pihak HYROX turut menyeru seluruh komuniti kecergasan global untuk bergerak kehadapan bersandarkan semangat kesukanan, kecekalan, dan rasa hormat antara satu sama lain.

Sumber: Instagram

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |