Sambutan Maulidur Rasul & Khatan Perdana Di Pekalongan Bertukar Tragis Gara-gara Ada Unsur ‘Pemujaan’?

16 hours ago 9

Niat murni untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul serta majlis khatan beramai-ramai bertukar menjadi kecaman awam selepas perarakan Simbang Kulon Night Carnival (SKNC) 2026 di Desa Simbang Kulon, Kecamatan Buaran, Pekalongan, Indonesia dicemari pelbagai insiden mengejutkan pada Khamis (10/9) malam.

Acara tradisi yang disokong oleh Pengurus Ranting Nahdlatul Ulama (PRNU) dan telah berlangsung setiap tahun selama 61 tahun itu tular di media sosial. Gelombang kemarahan netizen bermula apabila salah satu daripada 25 pasukan peserta menyajikan persembahan ekstrem yang didakwa menyerupai ritual pemujaan syaitan.

Artikel berkaitan: “Batu tak boleh pecah” – Azhar Sulaiman Dedah Rumah Pernah Jadi Bekas Tempat Pemujaan Orang Asli

Aritkel berkaitan: Kerana Keracunan MBG, Pelajar Cemerlang Indonesia ‘Lumpuh’ & Tak Kenal Ibu Sendiri

Simbol Pentagram Terbalik & Aksi Potongan Kepala Kambing

Menerusi rakaman video yang tular, pentas jalanan yang sepatutnya diisi dengan unsur keagamaan dan kebudayaan tempatan bertukar gelap dengan replika Sigil of Baphomet, simbol pentagram terbalik, dan tulisan Ibrani.

Kemuncak gimik persembahan yang membuatkan penonton terkedu adalah aksi penyembelihan seekor kambing di atas altar berlilin. Walaupun proses penyembelihan di lapangan itu tidak memutuskan kepala haiwan berkenaan, peserta bertindak mempamerkan potongan kepala kambing yang bersimbah darah ke hadapan khalayak. Kepala kambing tersebut dipercayai dibeli berasingan dari pasar bagi memberi kesan visual yang mengerikan.

Peserta Pakai Kostum 15kg Meninggal Dunia, Keluarga Tepis Dakwaan Mistik

Keadaan menjadi semakin panas apabila salah seorang peserta karnival, Ahmad Faiz (40), dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat (11/9) sekitar jam 4.00 pagi, hanya beberapa jam selepas menjayakan perarakan berkenaan. Allahyarham sebelum itu dilihat mengelilingi laluan karnival dengan memakai kostum megah seberat 15 kilogram.

Kematian almarhum sempat mencetuskan pelbagai andaian mistik dan dikaitkan dengan persembahan satanik malam tersebut. Walau bagaimanapun, pihak keluarga tampil menafikan keras spekulasi berkenaan menerusi satu kenyataan video pada Ahad (13/9).

Keluarga menjelaskan Allahyarham meninggal dunia akibat kepenatan fizikal yang melampau serta mengalami kesukaran bernafas ketika menampung beban kostum yang berat. Pihak keluarga merayu agar orang ramai menghentikan spekulasi liar dan memadamkan rakaman video yang melibatkan almarhum demi menjaga privasi serta nama baik keluarga.

Insiden Pukul Peniaga & Penjelasan Penganjur

Suasana sesak malam berkenaan turut dicemari keganasan jalanan apabila dua penjual sosej keliling, Gita Firmansyah dan adiknya Iqbal Raihan, dipukul oleh sekumpulan individu ketika cuba menerobos kesesakan laluan. Kes penganiayaan ini telah dilaporkan kepada pihak polis tempatan (Polsek Buaran).

Cats 6

Menjawab kekecohan yang berlaku, wakil penganjur SKNC 2026, Saiful Majid, menegaskan bahawa individu yang melakukan aksi keganasan dalam video tular tersebut langsung tiada kaitan dengan pihak penganjur mahupun peserta rasmi karnival.

Insiden ini menjadi pengajaran besar buat penganjur acara kebudayaan tempatan agar lebih ketat dalam memantau dan menapis kandungan persembahan peserta pada masa akan datang.

Sumber: AFU.ID

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |