“Kahwin sebab apa..” – Ustaz Titipkan Nasihat Sebelum Nak Jadikan Seseorang Sebagai ‘Rakan Serumah’

6 hours ago 4

Seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Lah di TikTok ada kongsikan ilmu pengetahuan buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu, Ustaz Lah atau nama sebenarnya Abdullah Abdol Razak kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil tahu dari sudut agama Islam sebelum menjadikan seseorang itu sebagai ‘rakan serumah’.

Artikel berkaitan : “Rakan sekerja ke rakan serumah” – Amira Othman & Fattah Amin Bakal Bernikah!

Artikel berkaitan : Perlu Bayar RM4,200 Untuk Hadiri Majlis Perkahwinan, Pasangan Ini Berjaya Kutip Lebih Setengah Juta Ringgit

“Cinta tu manis, tapi hidup bersama lebih mencabar”

Menurutnya, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah dengan memastikan bahawa pasangan kita itu sudah bersedia dengan agama.

“Takkan kita nak kahwin dalam keadaan solat dan puasa pun kita tak tahu?”

Selain itu, Ustaz Lah juga meminta kepada orang-orang yang ingin berkahwin itu untuk perbetulkan niatnya, bukan hanya untuk nafsu semata-mata dan juga paras rupa.

“Bukan sekadar untuk melepaskan nafsu tapi kita nak kahwin kerana Allah, nafsu ke, cantik ke, harta ke, semua boleh hilang, tapi Allah tidak akan pernah hilang daripada perkahwinan kita.”

“Yang ketiga, bukan semata-mata kerana cantik ataupun kerana minat tapi Islam ajar, pilih wanita atau lelaki itu kerana agamanya, kerana agama akan memimpin keluarga ini hingga ke syurga.”

Untuk aspek berikutnya, biarpun ia bukanlah perkara utama tetapi ia amat memainkan peranan penting untuk seseorang lelaki membimbing keluarganya iaitu dari aspek kewangan.

“Insya-Allah setelah berkahwin, kewangan akan bertambah, akan lebih terjamin, rezeki kita akan semkin bertambah, tapi kita kena ada perancangan berkenaan tentang kewangan.”

Nasihatnya lagi, apabila kesemua ini sudah cukup, pasangan tersebut tidak perlu berlengah lagi kerana syaitan akan menghancurkan setiap hubungan yang baik.

@ustazlahofficial

Khas untuk yang ingin mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Cinta tu manis, tapi hidup bersama lebih mencabar. Pastikan kita kenal, faham, dan ambil tahu sebelum jadi ‘rakan serumah’ seumur hidup. UstazLah 🌹 #UstazLahOfficial #nikah #rumahtangga #islamik #dakwah

♬ original sound – UstazLah – UstazLah

Dalam masa 15 jam ia dimuat naik, video perkongsian Ustaz Lah ini telah meraih hampir 100K jumlah tontonan dan menurut netizen di ruangan komen, pelakon Fattah Amin sendiri ada repost video tersebut memandangkan dirinya kini bakal menjadikan ‘rakan sekerjanya’ iaitu Amira Othman sebagai ‘rakan serumahnya’ kelak.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |