Restoran IKEA Cheras semalam membuat satu pengumuman yang mengejutkan ramai apabila premis tersebut mengumumkan penutupan cawangan selama 2 minggu.
Ia menjadi perhatian selepas ada pengguna Threads kongsikan foto notis arahan penutupan restoran tersebut daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Artikel berkaitan : Ini Sebab Kenapa IKEA Malaysia Akan Ditutup Selama 1 Hari Pada 30 Mei Ini
Artikel berkaitan : 6 Fakta Menarik Tentang FRAKTA, Beg Biru Ikonik Dari Ikea
Kami mohon maaf – IKEA Cheras

Dalam pada itu, IKEA Cheras juga ada tampil membuat kenyataan secara terbuka mengumumkan penutupan premis tersebut. Menurut IKEA Cheras, premisnya akan ditutup dari semalam (17 Jun 2026) bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan agar dapat memenuhi tahap piawaian kebersihan yang berkualiti tinggi mengikut garis panduan IKEA dan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami mohon maaf atas segla kesulitan. Restoran Sweden IKEA Cheras kami ditutup sementara mulai hari ini (17 Jun 2026) sementara kami menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan kami terus memenuhi piawaian kebersihan tinggi yang diharapkan oleh IKEA dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia.”

Tambahnya, biarpun restoran ditutup, cafe dan bistro mereka masih lagi dibuka malah, cawangan restoran IKEA lain seperti di Damansara, Tebrau dan Batu Kawan boleh beroperasi seperti biasa.

14 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















