Seorang wanita warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mengabaikan dua anaknya sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, Johor Bahru awal bulan ini.
Terdahulu, suspek berusia 37 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak warga tempatan itu ditahan pihak polis pada 7 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.
“Suspek dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Artikel berkaitan: “Sampai kini saya masih trauma” – Saksi Dakwa Terkejut Lihat 2 Kanak-kanak J*tuh Pangsapuri Semalam
Artikel berkaitan: Kakak Tergamam Dapat Tahu Adik Jatuh Bangunan

Mengulas lanjut, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
Mahkamah kemudian membenarkan suspek diikat jamin sebanyak RM8,000, namun wanita itu gagal membayar wang jaminan berkenaan.
Ekoran itu, suspek ditahan dipenjara sehingga tarikh sebutan semula kes pada 22 Julai depan.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes berkenaan.
Sumber: Sinar Harian

13 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















