Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan pertemuan segera antara waris, pengurusan Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu dakwaan kelewatan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang.
Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata langkah itu diambil bagi mencari penyelesaian terbaik serta mengelakkan insiden sama berulang pada masa hadapan.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga terlibat dan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya siasatan polis menemukan unsur jenayah, kecuaian atau salah faham komunikasi.
Artikel berkaitan: Lembaga Tabung Haji Teruskan City Check-In, Jemaah Boleh Daftar Bagasi 48 Jam Lebih Awal
Artikel berkaitan: Persiapan Haji 2026 Berjalan Lancar, Fokus Penambahbaikan Infrastruktur & Logistik
Menurutnya, MAIS turut dimaklumkan bahawa pihak pengurusan masjid, waris dan BKS telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Dalam masa sama, MAIS akan menilai semula pengurusan jenazah orang Islam bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan agar proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan memenuhi tuntutan syarak.
Sumber: Astro Awani

15 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















