Kecoh! Suasana tegang di kawasan luar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi apabila kira-kira 15 orang penduduk berdepan dengan tindakan pengusiran berkeras daripada berpindah dari kediaman mereka.
Menurut sumber, seawal pagi tadi pihak polis telah memasang khemah dan mengetatkan sekatan di laluan masuk. Namun begitu, ada beberapa penduduk masih berkeras tidak mahu berganjak bahkan ada yang cuba membuat provokasi sebelum ianya berjaya dikawal.
Artikel berkaitan : “Saya mungkin salah, tapi..” – Rafidah Ibrahim Tegas Ada Sebab Berpolitik Untuk #JusticeforZara
Artikel berkaitan : “Kami tak akan berganjak!” – Rafidah Ibrahim Bersuara Isu Rumah Di Kg. Sungai Baru
Ketua Polis Dang Wangi cedera dibaling batu
Berdasarkan tinjauan Kosmo! dalam jam 7 pagi tadi, sumber mendapati bahawa kumpulan besar penduduk yang dijangka berhimpun bagi membantah operasi tersebut tidak kelihatan.
Oleh itu, arahan pecah pintu turut terpaksa dikeluarkan apabila terdapat penghuni yang enggan keluar meskipun suasana agak tegang.
Namun begitu, operasi tetap diteruskan dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa. Dalam kejadian tersebut, difahamkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman turut cedera dibaling batu.
Ini merupakan kali kedua operasi pengusiran dilaksanakan selepas cubaan pertama pada 16 Julai lalu bagi mengeluarkan 14 keluarga gagal.
Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru oleh KLCG sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk biarpun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal.