Susulan tular sebuah video didakwa memukul bekas isteri, seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis pada Isnin.
Menurut sumber, Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.51 petang pada 21 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi.
“Susulan laporan diterima, polis turut mengesan satu rakaman video yang tular di platform media sosial Threads yang dipercayai memaparkan insiden berkenaan.
“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an pada jam 6.20 petang, 22 Jun,” katanya.

Artikel berkaitan: “Meruntuhkan rumah tangga orang bukan perkara baik” – Suami Isteri Tampil Perjelas Video Tular Tengking Depan Anak
Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Dit*mpar & Dip*kul Suami Di Tempat Awam Di Melaka
Tambahnya lagi, suspek yang bekerja sebagai pemandu e-hailing akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan cedera dan ugutan yang mendatangkan ketakutan.
Terdahulu, insiden terbabit mendapat perhatian ramai selepas rakaman video memaparkan seorang lelaki bertindak agresif terhadap seorang wanita di hadapan seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka di kawasan parkir awam tersebar luas di media sosial.
Sumber: Sinar Harian

15 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















