syaz ft 2025 09 11T145318.502

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy hari ini cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Dalam satu hantaran di X, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyifatkan insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam oleh pihak berkepentingan itu perbuatan keji dan mesti dikecam.

Beliau berkata berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

“Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.

Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat,” tulisnya.

Beliau turut menegaskan, keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut menjelaskan beliau telah mengarahkan pihak berkuasa untuk segera melaksanakan siasatan rapi, dan memastikan dalang serta pelaku yang terlibat dibawa segera ke muka pengadilan.

“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat, serta integriti pasukan keselamatan negara, adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” tulisnya.

Sebagai info, kejadian berlaku susulan kekecohan akibat rempuhan penduduk yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi berkenaan.

Suzilme Affendy dilihat mengalami luka di dahi dikatakan akibat terkena batu.

Sumber: X, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.