Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada sebab untuk perkhidmatan berkenaan dihentikan susulan tragedi nahas helikopter di Sarawak.
Artikel berkaitan : “Saya bawa berus gigi, sikat” – Bapa Serah Barangan Peribadi Dr Ainul Untuk Ujian DNA
Artikel berkaitan : “Meninggal dalam misi selamatkan nyawa” – PU Amin Turut Berduka, Anggap Mangsa Nahas Helikopter Mati Syahid
FDS diteruskan untuk kebajikan penduduk kawasan pedalaman

Menurut beliau, FDS amat penting dalam memastikan liputan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.
“Kita akan teruskan, tiada sebab untuk menggantung perkhidmatan ini. Salah satu matlamat utama FDS adalah untuk mencapai liputan kesihatan sejagat.
“Jadi, kita akan mempergiatkan lagi usaha, memperkukuh dan meneruskan perkhidmatan ini.”
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penerusan perkhidmatan FDS selepas berlakunya tragedi nahas helikopter di Sarawak.
Jelasnya, KKM akan terus memperkukuh usaha bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan kepada masyarakat di kawasan pedalaman melalui FDS.
Bukan bidang kuasa KKM

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab berkata, kebenaran penerbangan helikopter yang membawa petugas FDS tertakluk pada agensi berkaitan dan ia bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur-prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi. Dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang.”
“Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, itu tertakluk kepada kelulusan daripada agensi-agensi berkenaan, bukan di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.”
Sumber : Harian Metro, Astro Awani

4 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















