Khairul Aming Menangis Cerita Jatuh Bangun Dalam Bisnes, Teringat Saat Tak Mampu Bantu Arwah Ayah Yang Sakit

5 hours ago 4

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, tidak dapat menahan air mata saat terkenangkan kisah arwah bapanya yang pernah sakit teruk ketika keluarganya berdepan dengan masalah kesempitan wang.

Katanya, perkara yang paling membuatkan dirinya berasa bersalah sehingga kini adalah apabila dia tidak mampu memberikan rawatan terbaik kepada arwah bapanya ketika itu.

Artikel berkaitan : “Sejujurnya sedih la camni” – Dituduh ‘Kayakan Orang Kaya’, Khairul Aming Tampil Buka Mulut

Artikel berkaitan : Khairul Aming ‘Restock’ Sambal Nyet Besar-Besaran, Hadiah RM 10,000 Untuk 5 Pembeli Terawal

Gunakan hampir semua wang simpanan demi buka kilang

Lebih menyedihkan lagi, Khairul Aming mengatakan bahawa pada waktu tersebut, dia masih bekerja sebagai kakitangan di sebuah syarikat swasta, menyebabkan dia tidak dapat berada di hospital sekerap yang mungkin untuk menjaga bapanya.

“Saya harap sangat masa itu boleh guna sikit duit jualan untuk tolong arwah ayah masa dia sakit. Rasa sangat ‘helpless’ sebab tak ada duit. Ayah sakit teruk, hendak beli ubat tak boleh, nak upah penjaga pun tak mampu.

“Saya kerja makan gaji ketika itu, perlu berada di pejabat dan tidak boleh selalu ada di hospital untuk menjaga arwah,” katanya sambil semasa live di TikTok, semalam.

Bercerita mengenai perjalanan perniagaannya pula, Khairul Aming mendedahkan dia pernah mengambil risiko besar dengan melaburkan hampir keseluruhan simpanan yang dimiliki untuk membangunkan kilang Sambal Nyet pertamanya di Kelantan.

Ketika jualan produknya mula meledak, dia memilih untuk tidak menggunakan keuntungan tersebut bagi menikmati kehidupan mewah.

Sebaliknya, kesemua wang itu dipusingkan semula sebagai modal perniagaan sehingga baki simpanannya dalam bank hanya tinggal RM1,000.

`

“Bila jualan meledak, saya ambil keputusan untuk tidak belanja apa-apa. Saya tak beli kereta mahal, tak pergi bercuti. Saya pusing balik semua modal, dalam bank hanya tinggal RM1,000 sahaja baki simpanan.

“Semuanya saya laburkan untuk buka kilang pertama dengan 30 orang pekerja yang kesemuanya adalah anak tempatan,” jelasnya.

Untuk rekod, arwah bapa Khairul Aming, Kamarulzaman telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mac 2020.

Khairul Aming sebelum ini juga pernah berkongsi bahawa dia terpaksa memperlahankan aktiviti penghasilan video pada tempoh tersebut bagi menumpukan perhatian kepada penjagaan arwah bapanya.

Sumber: Utusan, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |