Dunia sekarang memang laju berubah. Teknologi makin canggih, trend datang silih berganti dan gaya hidup kita pun dah tak sama macam dulu. Dalam banyak-banyak industri yang berkembang, industri Halal sebenarnya antara yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.
Kalau sebut perkataan Halal, mesti ramai terus terbayang makanan, minuman atau logo Halal kan? Hakikatnya, dunia Halal sekarang dah jauh lebih luas daripada apa yang kita makan.
Masuk tahun 2026, industri Halal dah berkembang merangkumi pelbagai sektor, membuka peluang kepada lebih banyak jenama tempatan dan pada masa sama, meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang menarik dalam pasaran Halal global.
Nak tahu sejauh mana industri Halal dah berkembang dan apa peluang yang ada untuk usahawan tempatan? Jom baca dekat bawah.
1. Dunia Halal kini jauh lebih luas daripada F&B

Sebagai Muslim, soal Halal memang antara perkara penting yang kita kena cakna, terutamanya bila nak beli atau cuba sesuatu yang baharu. Kalau bab makanan dan minuman, semak status Halal tu dah jadi perkara biasa dalam kehidupan seharian.
Tapi hari ini, ekosistem Halal sebenarnya dah berkembang jauh melangkaui F&B.
Daripada kosmetik dan penjagaan diri, farmaseutikal, fesyen santun, pelancongan mesra Muslim hinggalah teknologi dan servis, semuanya kini menjadi sebahagian daripada industri Halal yang semakin berkembang.
Dalam industri kecantikan misalnya, semakin banyak produk kosmetik dan skincare hadir dengan pensijilan Halal bagi memberikan lebih keyakinan kepada pengguna Muslim. Begitu juga dengan produk kesihatan seperti vitamin, suplemen dan ubat-ubatan yang melibatkan sumber bahan serta proses pengeluaran.

Industri fesyen pula menyaksikan fesyen santun semakin berkembang dan bukan sahaja mendapat perhatian pengguna Muslim, malah turut mempunyai pasaran lebih luas di peringkat antarabangsa.

Malah, teknologi juga memainkan peranan dalam ekosistem Halal. E-dagang, sistem logistik, AI dan blockchain antara teknologi yang boleh digunakan untuk membantu menjadikan rantaian bekalan dan urusan berkaitan produk Halal lebih mudah serta telus.

Nak bercuti pun sama. Konsep pelancongan mesra Muslim semakin berkembang dengan lebih banyak destinasi menawarkan pilihan makanan Halal, kemudahan solat, penginapan mesra Muslim dan servis yang memenuhi keperluan pelancong Muslim.
Pendek kata, Halal sekarang bukan lagi sekadar apa yang ada atas pinggan kita.
2. Industri Halal kini jadi pasaran global
Kalau dulu industri Halal mungkin dilihat sebagai pasaran yang tertumpu kepada pengguna Muslim, sekarang skopnya dah jauh lebih besar.
Produk dan perkhidmatan Halal semakin mendapat perhatian di pelbagai pasaran dunia, bukan sahaja kerana status Halal tetapi juga aspek seperti kualiti, kebersihan dan standard pengeluaran.
Perkembangan ini turut membuka peluang besar kepada produk Halal keluaran Malaysia.


3. Produk Halal Malaysia sebenarnya ada potensi besar untuk pergi lebih jauh

Bila permintaan terhadap produk Halal semakin berkembang, ia bukan sahaja memudahkan pengguna Muslim tetapi turut membuka ruang kepada pengeluar dan usahawan tempatan untuk meneroka pasaran yang lebih besar.
Malaysia sendiri mempunyai ekosistem Halal yang kukuh dan standard pensijilan yang dikenali di peringkat antarabangsa. Ini memberikan satu kelebihan kepada jenama tempatan yang mahu memperkenalkan produk mereka ke pasaran luar.
Tapi mempunyai produk yang bagus dan status Halal sahaja belum cukup untuk menjamin sesuatu jenama terus mendapat tempat di negara lain.
Pasaran setiap negara berbeza.
Produk yang ‘meletop’ di Malaysia belum tentu mendapat sambutan yang sama di Jepun, China, Timur Tengah atau Eropah. Sebab itu, sebelum memasuki sesuatu pasaran, usahawan perlu memahami siapa pengguna mereka, apa yang diperlukan dan bagaimana sesuatu produk perlu diposisikan.
Daripada pembungkusan, bahasa pada label, saiz produk hinggalah cara pemasaran, semuanya mungkin perlu disesuaikan mengikut pasaran sasaran.
4. Pasarkan produk Halal untuk go global
Zaman sekarang memang mudah nak promosikan produk. Buat content, tekan post dan dalam beberapa saat, produk korang dah boleh dilihat oleh orang dari pelbagai negara.
Tapi untuk benar-benar membawa sesuatu jenama masuk ke pasaran antarabangsa, ceritanya tak semudah itu.

Selain memahami pengguna, usahawan juga perlu tahu platform yang sesuai untuk memasarkan produk, peraturan sesebuah negara, keperluan pensijilan, standard produk, pelabelan dan pelbagai syarat lain sebelum sesuatu produk boleh memasuki pasaran tersebut.
Satu lagi perkara yang tak kurang penting ialah connection.
Usahawan boleh ada produk yang bagus dan strategi pemasaran yang mantap, tapi peluang untuk berkembang mungkin lebih besar apabila mereka dapat bertemu dengan pembeli, pengedar, rakan runcit dan pemain industri yang betul.
Sebab itu, platform yang menghimpunkan pemain industri dari pelbagai negara boleh menjadi salah satu ruang untuk jenama tempatan membuka lebih banyak peluang.
Dan salah satu platform tersebut ialah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.
5. Bina connection dan terokai peluang global di MIHAS 2026
MIHAS kembali lagi untuk edisi ke-22 tahun ini. Bermula sejak 2004, MIHAS telah berkembang daripada sebuah pameran perdagangan kepada platform yang menghimpunkan pelbagai pemain dalam industri Halal dari Malaysia dan luar negara.
Tahun ini, MIHAS kembali dengan pameran yang lebih besar, menghimpunkan produk, jenama dan inovasi daripada pelbagai sektor Halal.
Pengunjung berpeluang meneroka lebih 10,000 produk daripada sektor seperti makanan dan minuman, fesyen santun dan gaya hidup, e-dagang, peruncitan dan francais, teknologi makanan dan pembungkusan, farmaseutikal dan perubatan, kosmetik dan penjagaan diri serta pelancongan mesra Muslim.

Dengan penyertaan daripada 45 ekonomi, MIHAS juga membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mengenali pemain industri dari pelbagai pasaran dan meneroka peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.
Di sinilah pentingnya connection yang kita cakap tadi.
Usahawan bukan sekadar datang untuk mempamerkan produk, tetapi turut berpeluang berhubung dengan pembeli, pengedar, rakan runcit dan rakan perniagaan yang berpotensi membantu membuka laluan ke pasaran baharu.

Anugerah MIHAS 2026

Selain peluang perniagaan dan networking, MIHAS 2026 turut menampilkan Anugerah MIHAS 2026 bagi memberi penghargaan kepada pempamer yang menyerlahkan kecemerlangan, inovasi, kelestarian dan transformasi digital dalam perkembangan industri Halal.
Tiga kategori utama yang dipertandingkan ialah:
- MIHAS Excellence Award – Anugerah Kecemerlangan MIHAS
- MIHAS Innovation, Sustainability & Digitalisation Award – Anugerah Inovasi, Kelestarian & Pendigitalan MIHAS
- WiEX @ MIHAS Award – Anugerah Wira Ekonomi Wanita
Anugerah ini terbuka kepada pempamer MIHAS 2026 yang memenuhi syarat kelayakan dan diwujudkan bagi menghargai syarikat yang menunjukkan prestasi dalam aspek perniagaan, produk dan perkhidmatan, inovasi, kelestarian serta penggunaan teknologi digital.
Usahawan wanita, jangan lepaskan Forum Women in Export (WiEX)

Bagi usahawan wanita yang bercita-cita nak bawa perniagaan ke pasaran antarabangsa, korang juga boleh singgah ke Forum Women in Export (WiEX).
Program hasil kerjasama MATRADE dan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita & Keluarga Malaysia (HAWA) ini memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan wanita, selain membantu mereka mendapatkan ilmu dan persediaan untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Forum WiEX akan berlangsung pada:
- 25 September 2026 (Jumaat)
- Pentas Utama, Aras 3, MITEC
Datang ke MIHAS 2026, 23–26 September ini!

Produk yang bermula di Malaysia tak semestinya berakhir di Malaysia.
Dengan peluang, strategi dan jaringan yang betul, jenama Halal tempatan mempunyai ruang untuk berkembang dan mencipta nama di pasaran antarabangsa.

Sebab itu, MIHAS bukan sekadar tempat untuk tengok produk Halal. Ia turut menjadi ruang untuk usahawan, pemain industri dan mereka yang berminat dengan perkembangan industri Halal meneroka pasaran, membina jaringan serta melihat sendiri bagaimana dunia Halal semakin berkembang.
Kalau korang usahawan yang nak bawa produk pergi lebih jauh, pemain industri yang mencari peluang baharu atau sekadar nak tengok sendiri sejauh mana industri Halal dah berkembang, MIHAS 2026 memang patut masuk dalam kalendar September korang.
-
- MITEC, Kuala Lumpur
- 23–26 September 2026
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi MIHAS atau media sosial @mihas_malaysia

2 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















