“Saya bawa berus gigi, sikat…” – Bapa Serah Barangan Peribadi Dr Ainul Untuk Ujian DNA

6 hours ago 9

Tragedi nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak yang mengorbankan lima nyawa semalam meninggalkan duka yang teramat mendalam buat keluarga mangsa, termasuklah waris kepada doktor perubatan, Allahyarhamah Dr Ainul Baraah.

Menurut laporan Harian Metro, bapa mangsa, Kamaruddin Salleh, 69, meluahkan rasa reda dan akur selepas dihubungi pihak polis yang meminta sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengecaman jenazah anaknya itu.

Artikel berkaitan: Helikopter Terhempas, Pengarah Ladang Farm Fresh M*ut Ketika Lawatan Di Filipina

Artikel berkaitan: Didakwa Halang Laluan Di Jalan Raya, Polis Siasat Treler Tular Bawa Helikopter

801031169 18160995763489809 2845893987999182611 N

Pesara guru berkenaan memaklumkan pihak berkuasa mengarahkannya untuk membawa barangan peribadi yang sering digunakan oleh arwah sebagai persediaan ujian berkenaan.

“Polis menghubungi kami malam tadi memaklumkan akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesan jenazah anak saya,” kata Kamaruddin.

Saya membawa berus gigi dan sikat rambut Allahyarham untuk diserahkan kepada pihak polis.

Polis memaklumkan akan melakukan ujian DNA dan urusan lanjut sebaik saya tiba di sana.

Saya kini berada di rumah besan di Bangi, Selangor dan dijangka berlepas ke Sarawak tengah hari ini.

Sebarang perkembangan dan kedudukan suami Ainul juga saya tidak tahu, sama ada dia pergi ke lokasi kejadian atau menunggu di Miri. Namun sebahagian keluarga sudah berlepas ke Sarawak pagi ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa pihak keluarga sehingga kini masih berbincang mengenai lokasi akhir pengebumian jenazah anak keempat daripada lima beradik tersebut.

“Saya akan buat mana yang terbaik dan berharap semoga urusan dipermudahkan.

Sama ada dikebumikan di sana atau dibawa ke Kelantan,” ulasnya menyentuh mengenai lokasi pengebumian.

Semalam, sebuah helikopter jenis BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Pelepasan dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan telah menerima notifikasi berhubung insiden malang itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan sekitar jam 3.58 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, empat lagi mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan dikenali sebagai Kapten Zainol, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit, serta dua Jururawat Masyarakat (SN), Debra Moset dan Jessie Paya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |